Connect with us

Terkini

Perarakan ‘Woman’s March’ dicemari LGBT, mana pendirian kerajaan PH-BN?

Demikian persoalan ditimbulkan Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PN, Mohd Ashraf Mustaqim susulan tiada sebarang pendirian diambil kerajaan selepas tempoh 24 jam perhimpunan dan perarakan Woman’s March yang dicemari LGBTQ berlangsung pada Ahad lalu.

Hidayah Sani

Published

on

Perarakan ‘Woman’s March’ dicemari LGBT, mana pendirian kerajaan PH-BN?
Foto: Mohd Ashraf Mustaqim (kiri), Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah), Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (kanan).
  • Demikian persoalan ditimbulkan Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PN, Mohd Ashraf Mustaqim susulan tiada sebarang pendirian diambil kerajaan selepas tempoh 24 jam perhimpunan dan perarakan Woman’s March yang dicemari sokongan terhadap LGBTQ berlangsung pada Ahad lalu.
  • “Adalah amat berbeza sekali jika dinilai sewaktu berlangsungnya ‘Cosplay’ yang dikaitkan dengan PAS baru-baru ini. 
  • “Ada kenyataan rasmi dari Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Na’im menyatakan tentang kerisauan yang mampu menggugat perpaduan dan ”beri gambaran tidak baik kepada agama Islam dan negara”. 
  • “Justeru persoalan dilontarkan dengan memetik pernyataan sama dihujahkan, mana kenyataan rasmi Menteri Agama berhubung isu himpunan LGBTQ ini dan adakah ianya tidak mencemar imej negara dan Islam?” katanya dalam Facebook pada Isnin.
  • Armada, Bersatu serta Perikatan Nasional mengecam sepenuhnya pendekatan menolak toleransi dalam hal yang bercanggah dengan agama dan nilai dalam dasar negara. 

KUALA LUMPUR – Perarakan ‘Woman’s March’ dicemari LGBT, mana pendirian kerajaan PH-BN? 

Demikian persoalan ditimbulkan Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PN, Mohd Ashraf Mustaqim susulan tiada sebarang pendirian diambil kerajaan selepas tempoh 24 jam perhimpunan dan perarakan Woman’s March yang dicemari LGBTQ berlangsung pada Ahad lalu.

Perarakan Hari Wanita yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka itu dilihat membawa bendera berunsur LGBTQ serta sepanduk-sepanduk di antaranya tertera; “Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body” dan lain-lain lagi.

Adakah kerajaan bersetuju dengan amalan songsang dituntut kelompok LGBTQ ini yang jelas bercanggah dengan asas budaya bangsa Malaysia?

“Adalah amat berbeza sekali jika dinilai sewaktu berlangsungnya ‘Cosplay’ yang dikaitkan dengan PAS baru-baru ini. 

“Ada kenyataan rasmi dari Menteri Agama, Dato’ Setia Dr Na’im menyatakan tentang kerisauan yang mampu menggugat perpaduan dan ”beri gambaran tidak baik kepada agama Islam dan negara. 

“Justeru persoalan dilontarkan dengan memetik pernyataan sama dihujahkan, mana kenyataan rasmi Menteri Agama berhubung isu himpunan LGBTQ ini dan adakah ianya tidak mencemar imej negara dan Islam?” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Advertisement

Mohd Ashraf berkata, Armada, Bersatu serta Perikatan Nasional mengecam sepenuhnya pendekatan yang menolak toleransi dalam hal yang bercanggah dengan agama dan nilai dalam dasar negara. 

Katanya, kesopanan dan kesusilaan wajar dijulang. 

Beliau menegaskan, usaha pemerkasaan atau emansipasi wanita sekaligus menolak budaya patriarki dipersetujui beliau bagaimanapun tiada tolerasi dalam membudayakan agenda LGBTQ.

Beliau berkata, kelompok itu seharusnya dibimbing dan diberi kesedaran bukan hanya atas faktor agama, namun juga psikologi dan sains.

Apa yang tambah kekecewaan adalah apabila kelompok ini begitu berani mengecam pihak berkuasa khususnya PDRM (Polis Diraja Malaysia). 

“Sewajarnya Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri), Saifuddin Nasution Ismail perlu mengambil langkah lebih proaktif atas peranan PDRM dalam memartabat kedaulatan undang-undang negara termasuk menyelar kecaman golongan yang tampaknya dilatari oleh ahli politik agar menghormati kedudukan PDRM,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata hasil pemerhatian mendapati perhimpunan bermula 10 pagi Ahad disertai seramai 150 individu terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik.

Katanya, polis sedang mengenal pasti semua peserta himpunan dan akan dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk memberikan keterangan.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Mohd Ashraf Mustaqim

Antarabangsa

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang

Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Foto: Gulbahar Haitiwaji (kiri), Qelbinur Sidik (kanan).
  • Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
  • Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
  • Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
  • Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.

WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.

Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.

China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.

Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.

Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.

Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.

Advertisement

Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.

Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.

“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.

Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.

Advertisement

Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.

Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.

Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.

“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending