Connect with us

Terkini

Misionari Kristian: Pihak berkuasa perlu pandang serius – Pakar Perlembagaan

“Jika mereka ingin menyebarkan agama, lebih baik mereka menumpukan usaha di negara seperti Eropah dan Amerika yang semakin hari semakin mengabaikan agama sendiri,” kata Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof mengulas dakwaan Misionari Kristian berlegar di Taman Permata, Hulu Kelang.

Hidayah Sani

Published

on

Misionari Kristian: Pihak berkuasa perlu pandang serius - Pakar Perlembagaan
Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof (kiri), Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla (tengah).
  • Isu penyebaran agama lain dalam kalangan Muslim di sini perlu dipandang serius serta memerlukan tindakan drastik dari pihak berkuasa kerana kegagalan membendung gejala ini akan menjejaskan keharmonian beragama dalam negara –Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof mengulas dakwaan Misionari Kristian berlegar di Taman Permata, Hulu Kelang.
  • Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengingatkan semua rakyat di sini dan warga asing yang datang ke Malaysia untuk mengambil tahu dan memahami bahawa negara ini mempunyai peruntukan tertinggi di bawah Perlembagaan Perkara 11 (4).
  • Peruntukan itu melarang individu bukan Islam menyebarkan apa-apa bentuk ajaran selain daripada Islam kepada individu Muslim tapi larangan yang sama tidak wujud kepada individu Islam untuk menyebar dan mengajar agamanya kepada orang lain.
  • “Sekiranya ada mana-mana pihak di mana-mana negeri cuba menyebarkan agama Kristian atau agama lain mahupun kepercayaan sesat kepada individu Islam maka tindakan boleh diambil secara sah di bawah undang-undang.”

KUALA LUMPUR “Jika mereka ingin menyebarkan agama, lebih baik mereka menumpukan usaha di negara seperti Eropah dan Amerika yang semakin hari semakin mengabaikan agama sendiri,” kata Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof mengulas dakwaan Misionari Kristian berlegar di Taman Permata, Hulu Kelang.

Beliau menegaskan isu penyebaran agama lain dalam kalangan Muslim di sini perlu dipandang serius serta memerlukan tindakan drastik dari pihak berkuasa kerana kegagalan membendung gejala ini akan menjejaskan keharmonian beragama dalam negara.

Isu ini juga berkait rapat dengan prinsip asas Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Justeru, kedudukan Islam sebagai agama yang menjadi identiti negara dan pegangan masyarakat Peribumi wajib dihormati semua pihak.

Katanya, perlembagaan memberikan kebebasan beragama mutlak dari sudut menganut dan mengamalkan namun dari sudut menyebarkan, ia tertakluk kepada undang-undang kawalan. 

Di Selangor, ada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang perlu dipatuhi di mana antara lainnya undang-undang itu menyebut: 

Seksyen 4(1) seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang berugama Islam— (a) supaya cenderong kepada mana-mana ugama bukan Islam; atau (b) supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana ugama bukan Islam; atau (c) supaya meninggalkan atau tidak suka kepada ugama Islam.

Seksyen 8 (1) pula menyebut: “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia, dalam masa membahagikan di suatu tempat awam apa-apa terbitan mengenai ugama bukan Islam, dengan sengaja menyerahkan salinan atau salinan-salinan terbitan itu kepada seorang berugama Islam.”

Muhammad Fathi turut mengingatkan bahawa seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen kecil 4(1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

Beliau berharap pihak berkuasa agama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua pihak bertanggungjawab akan lebih peka dengan senario sebegini sekali gus bertindak segera bagi menanganinya.

“Kita juga berharap dalang kepada usaha menyebarkan agama lain di kalangan orang Islam ini agar berhenti daripada melakukan kerja demikian,” katanya kepada The Merdeka Times, pada Khamis.

Mengulas isu sama, peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla turut mengingatkan semua rakyat di sini dan warga asing yang datang ke Malaysia untuk mengambil tahu dan memahami bahawa negara ini mempunyai peruntukan tertinggi di bawah Perlembagaan Perkara 11 (4).

Perkara 11(4) menyebut Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam. 

Haniff Khatri berkata, peruntukan itu melarang individu bukan Islam menyebarkan apa-apa bentuk ajaran selain daripada Islam kepada individu Muslim tapi larangan yang sama tidak wujud kepada individu Islam untuk menyebar dan mengajar agamanya kepada orang lain.

“Sekiranya ada mana-mana pihak di mana-mana negeri cuba menyebarkan agama Kristian atau agama lain mahupun kepercayaan sesat kepada individu Islam maka tindakan boleh diambil secara sah di bawah undang-undang.

“…iaitu mesti ada laporan polis dibuat oleh sesiapa sahaja (sama ada Islam atau bukan Islam) dan dimajukan salinan kepada majlis agama berkaitan dan majlis agama juga perlu majukan satu laporan polis kepada pihak polis.

“Ini kerana pelaksanaan undang-undang tersebut walaupun di bawah undang-undang negeri ia melibatkan orang bukan Islam jadi ia hanya boleh dilakukan pihak berkuasa polis kerana melanggar undang-undang biasa.

“Dan tindakan diambil di Mahkamah Jenayah Sivil di pihak persekutuan bukan mahkamah Syariah so laporan dibuat polis siasat kalau ada kes sabitan dan dituduh di Mahkamah Jenayah Sivil di bawah peruntukan berkaitan enakmen berhubung menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada Islam di negeri masing-masing,” katanya. 

Hanif Khatri berkata, prosedur ini perlu diamalkan dengan teratur dan efisien serta tidak beremosi kerana ia melibatkan undang-undang tertinggi di sini.

Beliau turut berpesan bahawa kita kena menerima hakikat di sini Islam boleh disebarkan kepada semua individu tetapi agama lain selain Islam tidak boleh disebarkan kepada orang Islam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending