Connect with us

Terkini

Misionari Kristian didakwa berlegar di Taman Permata, Hulu Kelang

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung pada Rabu memuat naik satu klip pendek di Instagram memaparkan dua individu lelaki didakwa dari gerakan misionari Kristian yang sedang berlegar-legar di sekitar Taman Permata, Hulu Kelang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Misionari Kristian didakwa berlegar di Taman Permata, Hulu Kelang
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung pada Rabu memuat naik satu klip pendek di Instagram memaparkan dua individu lelaki didakwa dari gerakan misionari Kristian yang sedang berlegar-legar di sekitar Taman Permata, Hulu Kelang.
  • “Seorang penduduk Taman Permata, Hulu Kelang menghantar video dan gambar dua misionari Kristian yang sedang melakukan aktiviti di sana pagi tadi (Selasa).
  • “Saya sangka baik mereka hanya target bukan Kristian dan bukan Muslim kerana dalam video itu dia bertanya adakah itu rumah Melayu mungkin, just mungkin mahu mengelak dari melanggar undang-undang Malaysia walaupun awalnya nampak dia kelihatan keberatan untuk menjawab adakah dia dari kumpulan Kristian,” katanya.

KUALA LUMPUR —  Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung pada Rabu memuat naik satu klip pendek di Instagram memaparkan dua individu lelaki didakwa dari gerakan misionari Kristian yang sedang berlegar-legar di sekitar Taman Permata, Hulu Kelang.

“Seorang penduduk Taman Permata, Hulu Kelang menghantar video dan gambar dua misionari Kristian yang sedang melakukan aktiviti di sana pagi tadi (Selasa).

“Saya sangka baik mereka hanya target bukan Kristian dan bukan Muslim kerana dalam video itu dia bertanya adakah itu rumah Melayu mungkin, just mungkin mahu mengelak dari melanggar undang-undang Malaysia walaupun awalnya nampak dia kelihatan keberatan untuk menjawab adakah dia dari kumpulan Kristian,” katanya.

Firdaus Wong mengatakan beliau sering memuji semangat dan kemahuan misionari Kristian dalam menyampaikan agama mereka untuk selamatkan manusia lain kerana percaya agama mereka satu-satunya agama yang benar.

Bagaimanapun, pujian itu bukanlah bererti beliau bersetuju dan mengiktiraf perkara terbabit.

Katanya, penganut agama itu bahkan sanggup menyumbang wang kepada misionari Kristian untuk berdakyah jikalau diri sendiri tidak mampu melakukannya. 

“The International Mission Board (IMB), sebuah organisasi Kristian dari Amerika membelanjakan $175 billion untuk operasi mereka di India pada 2022!

“IMB mempunyai 3,535 keluarga misionari Kristian yang aktif di India!” katanya yang juga merupakan Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM).

Firdaus Wong sebelum ini merujuk kepada sebuah buku bertajuk “Vision 2020 : A Malaysian Christian Response – Theoloji Wawasan 2020” terbitan Julai 1992, mendakwa dalam nukilan tersebut terdapat segala perancangan Kristian memberi respon kepada Wawasan 2020 yang dilancarkan Perdana Menteri pada masa itu.

Antara perancangan Kristian adalah memasukkan lebih ramai misionari Kristian di dalam parti politik serta menginjilkan Malaysia.

Dakwaan itu merujuk dari nukilan tersebut iaitu di halaman 103; “Basically the church has a one and only mission:- to evangelize. That is the commandment of our Lord (Matthew 28:19)…. In an affluent, educated and multiracial society evangelisation is very difficult. But still we must obey the Commandment! The future, though looks tough, is in fact a golden opportunity to evangelize Malaysia.

Beliau turut mendedahkan terdapat pengakuan dari salah sebuah laman sesawang Misionari Kristian yang memfokuskan usaha pendakyahan kepada Muslim di Malaysia iaitu, “to reach out to the Muslim population.” — The Merdeka Times

Sumber: Instagram firdauswong

Author