Connect with us

Terkini

Islam, Kristian mampu lahirkan masyarakat Malaysia lebih berkualiti, bermoral — PAS

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan
  • PAS percaya penggemblengan kekuatan moral antara dua komuniti agama terbesar di negara ini, Islam dan Kristian, mampu melahirkan masyarakat Malaysia lebih berkualiti dan bermoral.
  • Dalam kenyataan mengucapkan Selamat Hari Krismas 2024, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS meraikan dan menyambut baik aspek pengayaan pengalaman itu dan kesan positifnya ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang lebih berkualiti dan bermoral bersandarkan nilai-nilai keagamaan yang luhur dan suci.
  • “Dengan latar belakang akar agama Ibrahimiyyah yang sama, PAS percaya umat Islam dan penganut Kristian mempunyai banyak persamaan, baik dari segi asas kepercayaan mahupun amalan, dan mampu menyumbang kepada penciptaan negara yang lebih baik.
  • “Kepercayaan monoteisme, perkongsian para Nabi dan Rasul, kedudukan mulia Maryam, kehidupan selepas mati serta balasan syurga dan neraka, amalan berpuasa dan keunggulan sedekah, antara persamaan yang bertujuan membentuk watak manusia yang baik serta berguna kepada diri sendiri dan juga masyarakat,” kata Takiyuddin dalam kenyataan media disiarkan di Facebooknya hari ini.
  • Takiyuddin berkata PAS juga percaya penggemblengan kekuatan moral dua komuniti agama terbesar ini mampu memainkan peranan besar ke arah melahirkan dunia yang lebih aman dan bebas daripada keruntuhan akhlak, peperangan, kezaliman, kebencian, kelaparan dan ketidakadilan untuk semua orang, kelompok dan rantau.

KUALA LUMPUR — PAS percaya penggemblengan kekuatan moral antara dua komuniti agama terbesar di negara ini, Islam dan Kristian, mampu melahirkan masyarakat lebih berkualiti dan bermoral.

Dalam kenyataan mengucapkan Selamat Hari Krismas 2024, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS meraikan dan menyambut baik aspek pengayaan pengalaman itu dan kesan positifnya ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang lebih berkualiti dan bermoral bersandarkan nilai-nilai keagamaan yang luhur dan suci.

“Dengan latar belakang akar agama Ibrahimiyyah yang sama, PAS percaya umat Islam dan penganut Kristian mempunyai banyak persamaan, baik dari segi asas kepercayaan mahupun amalan, dan mampu menyumbang kepada penciptaan negara yang lebih baik.

“Kepercayaan monoteisme, perkongsian para Nabi dan Rasul, kedudukan mulia Maryam, kehidupan selepas mati serta balasan syurga dan neraka, amalan berpuasa dan keunggulan sedekah, antara persamaan yang bertujuan membentuk watak manusia yang baik serta berguna kepada diri sendiri dan juga masyarakat.

“PAS percaya penggemblengan kekuatan moral dua komuniti agama terbesar ini mampu memainkan peranan besar ke arah melahirkan dunia yang lebih aman dan bebas daripada keruntuhan akhlak, peperangan, kezaliman, kebencian, kelaparan dan ketidakadilan untuk semua orang, kelompok dan rantau,” katanya dalam kenyataan media disiarkan di Facebooknya hari ini.

Mewakili PAS, Takiyuddin berkata parti itu mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian di Malaysia dengan harapan sambutan tahun ini berjalan dengan selamat dan lancar sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

“Sebagai komuniti agama ketiga terbesar di negara ini, sambutan hari kebesaran penganut Kristian adalah sebahagian penting budaya besar Malaysia yang menambah kepada warna-warni pengalaman hidup rakyat dan menyumbang kepada pembentukan jati diri masyarakat yang lebih matang, saling menghormati serta bertimbang rasa,” kata Takiyuddin. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *