Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Agung India beri masa tiga bulan untuk ‘pindahkan’ masjid

Mahkamah Agung India mengarahkan pihak berkuasa memindahkan sebuah masjid dari premis Mahkamah Tinggi Allahabad dalam tempoh tiga bulan, memberitahu pempetisyen menentang perobohan itu bahawa masjid tersebut dibina di atas harta pajakan tamat tempoh dan mereka tidak mempunyai hak untuk menuntutnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ziera Adurah

Published

on

Mahkamah Agung India beri masa tiga bulan untuk 'pindahkan' masjid
Foto: Masjid di India.
  • Mahkamah Agung India mengarahkan pihak berkuasa untuk mengalihkan sebuah masjid dari premis Mahkamah Tinggi Allahabad dalam tempoh tiga bulan.
  • Pihak pempetisyen mencabar perintah Mahkamah Tinggi Allahabad yang memberi mereka tempoh tiga bulan untuk memindahkan masjid itu.
  • Panel membenarkan pempetisyen untuk membuat perundingan dengan kerajaan untuk peruntukan tanah berdekatan bagi masjid itu.
  • Peguambela kanan yang mewakili mahkamah tinggi, berkata bahawa isu itu adalah satu jenis penipuan.

NEW DELHI – Mahkamah Agung India mengarahkan pihak berkuasa memindahkan sebuah masjid dari premis Mahkamah Tinggi Allahabad dalam tempoh tiga bulan, memberitahu pempetisyen menentang perobohan itu bahawa masjid tersebut dibina di atas harta pajakan tamat tempoh dan mereka tidak mempunyai hak untuk menuntutnya.

Pihak pempetisyen, Mahkamah Tinggi Wakaf Masjid dan Lembaga Wakaf Pusat Sunni Uttar Pradesh mencabar perintah Mahkamah Tinggi Allahabad pada November 2017 yang memberi mereka tempoh tiga bulan untuk memindahkan masjid dari premis tersebut.

Mahkamah menolak rayuan mereka pada Isnin, lapor NDTV.

Panel Hakim MR Shah dan CT Ravikumar bagaimanapun membenarkan pempetisyen membuat perundingan dengan kerajaan Uttar Pradesh untuk peruntukan tanah berdekatan bagi masjid itu.

“Kami memberi masa tiga bulan lagi untuk pihak pengadu merobohkan masjid itu dan jika ia tidak dialihkan dalam tiga bulan bermula hari ini, pihak berkuasa termasuk mahkamah tinggi akan merobohkannya,” kata panel hakim.

Peguam bela kanan Kapil Sibal, mewakili pihak pengurusan masjid, berkata masjid itu berada di situ sejak 1950-an dan tidak boleh diminta untuk dirobohkan begitu sahaja.

“Kerajaan berubah pada 2017 dan semua juga berubah. Satu litigasi kepentingan awam difailkan 10 hari selepas kerajaan baharu dibentuk. Kami tiada masalah untuk berpindah ke tempat yang lain selagi mereka sediakan tanah untuk kami,” katanya.

Peguam bela kanan yang mewakili mahkamah tinggi, Rakesh Dwivedi, berkata bahawa isu itu adalah satu jenis penipuan.

“Permohonan pembaharuan dibuat sebanyak dua kali, namun tiada khabar angin yang mengatakan masjid itu dibina dan digunakan untuk orang ramai. Mereka berkata pembaharuan itu bertujuan membina kediaman. Hanya kerana mereka menyediakan tempat untuk solat, tidak menjadikannya sebagai masjid. Jika di beranda Mahkamah Agung atau mahkamah tinggi dibenarkan solat untuk kemudahan, ia tidak menjadikannya masjid,” katanya.

Mahkamah Tinggi sebelum ini meminta kerajaan negeri Uttar Pradesh untuk mempertimbangkan untuk memberi sebidang tanah bagi penempatan semula masjid itu.

Mahkamah itu juga memberitahu Mahkamah Agung India bahawa pihaknya tidak mempunyai tanah alternatif untuk menempatkan semula masjid tersebut dan daerah itu mungkin mempertimbangkan untuk memindahkannya ke kawasan lain.

Mahkamah Agung India menetapkan bahawa masjid itu perlu dipindahkan ke kawasan lain. 

Sumber: NDTV

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *