Antarabangsa
Gujarat robohkan makam, perkuburan dan masjid berusia 500 tahun
Sebuah masjid, dargah (makam) dan tanah perkuburan dipercayai berusia lebih 500 tahun dirobohkan di daerah Gir Somnath, Gujarat pada 28 September lalu, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Agung India, lapor Muslim Mirror.
- Sebuah masjid, dargah (makam) dan tanah perkuburan dipercayai berusia lebih 500 tahun dirobohkan di daerah Gir Somnath, Gujarat pada 28 September lalu, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Agung India, lapor Muslim Mirror.
- Tindakan itu diteruskan walaupun terdapat keputusan Mahkamah Agung India baru-baru ini yang mengarahkan semua aktiviti perobohan di seluruh negara dihentikan kecuali dengan kebenaran terlebih dahulu, tidak termasuk pencerobohan jalan raya awam dan kawasan spesifik lain.
- Pentadbiran Gujarat bagaimanapun dilaporkan meneruskan perobohan itu sebagai sebahagian daripada usaha lebih besar membersihkan apa dilabelkan sebagai “pembinaan haram” berhampiran kuil Somnath yang terkenal.
- Dengan tujuan memudahkan projek pembangunan Somnath, laporan menunjukkan kira-kira 36 jentolak dan pelbagai jentera berat, termasuk 30 JCB dan 50 traktor, digunakan untuk melaksanakan operasi besar-besaran yang digambarkan sebagai usaha perobohan terbesar sepanjang sejarah wilayah Gir Somnath.
- Pihak berkuasa juga mengerahkan 1,200 anggota polis untuk memastikan operasi berjalan lancar diawasi pegawai berpangkat tinggi, termasuk pengumpul daerah dan ketua polis.
Sebuah masjid, dargah (makam) dan tanah perkuburan dipercayai berusia lebih 500 tahun dirobohkan di daerah Gir Somnath, Gujarat pada 28 September lalu, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Agung India, lapor Muslim Mirror.
Tindakan itu diteruskan walaupun terdapat keputusan Mahkamah Agung India baru-baru ini yang mengarahkan semua aktiviti perobohan di seluruh negara dihentikan kecuali dengan kebenaran terlebih dahulu, tidak termasuk pencerobohan jalan raya awam dan kawasan spesifik lain.
Pentadbiran Gujarat bagaimanapun dilaporkan meneruskan perobohan itu sebagai sebahagian daripada usaha lebih besar membersihkan apa dilabelkan sebagai “pembinaan haram” berhampiran kuil Somnath yang terkenal.
Dengan tujuan memudahkan projek pembangunan Somnath, laporan menunjukkan kira-kira 36 jentolak dan pelbagai jentera berat, termasuk 30 JCB dan 50 traktor, digunakan untuk melaksanakan operasi besar-besaran yang digambarkan sebagai usaha perobohan terbesar sepanjang sejarah wilayah Gir Somnath.
Pihak berkuasa juga mengerahkan 1,200 anggota polis untuk memastikan operasi berjalan lancar diawasi pegawai berpangkat tinggi, termasuk pengumpul daerah dan ketua polis.
Kawasan itu dikepung untuk menjaga keselamatan awam dan akses hanya dibenarkan kepada kakitangan yang diberi kebenaran.
Usaha perobohan itu berdepan cabaran termasuk dengan berlakunya penahanan 70 individu yang cuba menghalang operasi di tapak keagamaan itu.
Kerajaan tempatan sebelum ini dilaporkan melancarkan inisiatif anti-pencerobohan, menyasarkan kira-kira tiga hektar “tanah diduduki secara haram” di belakang kuil Somnath dengan tujuan menghapuskan “struktur tanpa izin” yang dibina tanpa kebenaran. — The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina