Connect with us

Terkini

KKM digesa ambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat merokok di Parlimen

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan terhadap anggota Dewan Rakyat yang merokok di kawasan larangan di Parlimen.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KKM digesa ambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat merokok di Parlimen
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KKM tidak boleh berdalih mengenai perkara ini kerana peraturan ditetapkan adalah terpakai untuk semua orang. – Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang,  NV Subarrow 
  • Beliau menegaskan, ramai perokok dikompaun pihak berkuasa kerana merokok di kawasan larangan, namun mengapa tiada tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen melakukan perkara sama lebih-lebih lagi di Parlimen.
  • Subarrow turut zahirkan rasa kecewa menegaskan Ahli Parlimen tidak mempunyai keistimewaan dan jika perkara ini tidak dibendung serta tiada tindakan tegas diambil, kelak mereka akan bawa e-rokok dan vape pula ke Parlimen.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan terhadap anggota Dewan Rakyat yang merokok di kawasan larangan di Parlimen.

Pegawai Pendidikannya, NV Subarrow berkata, KKM tidak boleh berdalih mengenai perkara ini kerana peraturan ditetapkan adalah terpakai untuk semua orang.

Beliau menegaskan, ramai perokok yang dikompaun oleh pihak berkuasa kerana merokok di kawasan larangan, namun mengapa tiada tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen yang melakukan perkara sama lebih-lebih lagi di Parlimen.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen yang merokok di kawasan larangan di bangunan itu menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang yang mereka persetujui dan perkara ini sangat memalukan. 

“Saya sudah menerima lebih 50 panggilan telefon daripada seluruh negara mengenai perkara ini, pagi tadi.

“Individu yang disaman pihak penguat kuasa meminta penjelasan daripada KKM berkenaan isu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, menegur beberapa wakil rakyat yang masih berdegil merokok dalam bangunan Parlimen sedangkan premis itu adalah kawasan larangan merokok.

Beliau ketika bangun bertanya soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, memaklumkan masih terdapat Ahli Parlimen yang merokok di kawasan itu termasuk di dalam bilik Whip Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, Subarrow yang turut menzahirkan rasa kecewa menegaskan Ahli Parlimen tidak mempunyai keistimewaan dan jika perkara ini tidak dibendung serta tiada tindakan tegas diambil, kelak mereka akan bawa e-rokok dan vape pula ke Parlimen.

“Bagaimana rakyat akan percaya terhadap Ahli Parlimen ini jika mereka sendiri yang ingkar arahan?

“Justeru, kami juga memohon KKM menamakan Ahli Parlimen dengan meletakkan gambar mereka yang merokok di kawasan Parlimen untuk tatapan rakyat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1071794/kkm-perlu-ambil-tindakan-tegas-wakil-rakyat-merokok-di-parlimen-cap

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *