Connect with us

Terkini

Isu perkhidmatan kesihatan perlu kerjasama JPA, MOF, KPT

Sebarang masalah yang dihadapi dalam Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan kerjasama bersepadu antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan, dan bukan dibebankan kepada kementerian itu saja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu perkhidmatan kesihatan perlu kerjasama JPA, MOF, KPT
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Sebarang masalah dihadapi dalam Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan kerjasama bersepadu antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan, bukan dibebankan kepada kementerian itu saja.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata dari segi memberi latihan dan persediaan kepada bakal doktor, turut membabitkan kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  • Ia susulan keputusan JPA baru-baru ini, menghentikan penajaan pengajian pelajar perubatan, pergigian dan farmasi di universiti tempatan.

KUALA LUMPUR: Sebarang masalah yang dihadapi dalam Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan kerjasama bersepadu antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan, dan bukan dibebankan kepada kementerian itu saja.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata dari segi memberi latihan dan persediaan kepada bakal doktor, ia turut membabitkan kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ia susulan keputusan JPA yang baru-baru ini, menghentikan penajaan pengajian pelajar perubatan, pergigian dan farmasi di universiti tempatan.

“Saya rasa ia perlu dibincangkan secara tuntas dan insya-Allah, kita ambil berat mengenai hal ini dan melihat ke depan, apakah perkara terbaik yang boleh dilaksanakan untuk memastikan ekosistem kita dalam perkhidmatan kesihatan ini, khususnya doktor dan petugas kesihatan diambil berat oleh semua,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) mengenai justifikasi keputusan JPA untuk tidak lagi menaja biasiswa bagi bidang kritikal berkenaan, yang dikhuatiri akan mengurangkan jumlah doktor, terutama daripada kaum Melayu kerana kos pengajian yang tinggi.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *