Connect with us

Terkini

Inflasi semakin reda, OPR dijangka kekal

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Khamis ini, berikutan kadar inflasi negara yang semakin mereda.

Wartawan TMT

Published

on

Inflasi semakin reda, OPR dijangka kekal
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Khamis ini, berikutan kadar inflasi negara yang semakin mereda.
  • Keputusan meningkatkan OPR dibuat untuk menurunkan inflasi dan dilihat telah mencapai tujuannya. – Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff
  • “Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia pada Januari 2023 telah reda kepada 3.7 peratus berbanding 3.8 peratus pada Disember 2022,” katanya.
  • Pensyarah di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed pula berkata, masih belum tiba masanya BNM menaikkan OPR kerana ia akan beri kesan kepada rakyat masih bergelut untuk kelangsungan hidup selepas pandemik.

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Khamis ini, berikutan kadar inflasi negara yang semakin mereda.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana, keputusan meningkatkan OPR dibuat untuk menurunkan inflasi dan dilihat telah mencapai tujuannya.

“Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia pada Januari 2023 telah reda kepada 3.7 peratus berbanding 3.8 peratus pada Disember 2022.

“Justeru, dengan jangkaan inflasi akan kekal rendah, saya melihat tiada keperluan untuk meningkatkan OPR buat masa ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM mengekalkan OPR pada 2.75 peratus semasa mesyuarat pertama bagi 2022 pada 19 Januari lalu selepas menaikkan kadar sebanyak empat kali pada tahun lepas. 

MPC dijadual bermesyuarat sekali lagi pada 9 Mac ini untuk memutuskan sama ada mengekal atau menaikkan OPR.

Sementara itu, Pensyarah di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed berkata, masih belum tiba masanya untuk BNM menaikkan OPR kerana ia akan memberi kesan kepada rakyat yang masih bergelut untuk kelangsungan hidup selepas pandemik.

Ujarnya, tahun lepas sahaja, OPR sudah dinaikkan sebanyak empat kali, dan jika ia meningkat lagi tahun ini, duit lebihan dalam tangan rakyat akan berkurangan.   

“Dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan telah mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu M40 sebanyak dua peratus yang memberi lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300. 

“Jadi, apabila OPR meningkat, sebahagian lebihan pendapatan itu terpaksa digunakan untuk membayar pinjaman dengan bank pula. Rakyat tiada peluang untuk menggunakan duit lebihan itu untuk menampung keperluan harian yang semakin meningkat,” ujarnya.

Beliau menegaskan, sekiranya OPR tetap dinaikkan, kuasa membeli juga akan berkurangan dan ini secara tidak langsung akan turut menjejaskan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang masih dalam proses pemulihan.

“Pada pandangan saya, belum masanya OPR dinaikkan lagi kerana rata-rata rakyat masih sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas pandemik Covid-19,” katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending