Connect with us

Terkini

Starbucks, Nestle akan alami kesan negatif boikot pengguna – Penganalisis

Boikot pengguna yang timbul daripada ketegangan geopolitik berkemungkinan akan memberi kesan negatif terhadap Nestle dan Starbucks di bawah Berjaya Food, demikian menurut penganalisis.

Wartawan TMT

Published

on

Starbucks, Nestle akan alami kesan negatif boikot pengguna - Penganalisis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Boikot pengguna disebabkan ketegangan geopolitik mungkin akan beri kesan negatif terhadap Nestle dan Starbucks di bawah Berjaya Food, demikian menurut penganalisis.
  • RHB Research menerusi satu nota penyelidikan berkata, walau kejadian lalu bagaimanapun menunjukkan kesan kecil terhadap perolehan atau harga saham, jika ada.
  • “Biarpun begitu, kami percaya boikot ini mungkin lebih memberi kesan buruk kepada Starbucks berbanding Nestle.
  • “Hal ini demikian memandangkan perbezaan dalam permintaan dan persaingan. Barangan Starbucks secara amnya bukan keperluan dan berada dalam pasaran yang mempunyai persaingan lebih sengit di mana pilihan-pilihan lain mudah didapati, manakala barangan Nestle kebanyakannya adalah makanan ruji dan ia memegang bahagian pasaran yang besar dalam kebanyakan segmen barangan yang diceburi,” katanya dalam nota yang ditulis penganalisis, Soong Wei Siang dan Tai Yu Jie.

KUALA LUMPUR: Boikot pengguna yang timbul daripada ketegangan geopolitik berkemungkinan akan memberi kesan negatif terhadap Nestle dan Starbucks di bawah Berjaya Food, demikian menurut penganalisis.

RHB Research menerusi satu nota penyelidikan berkata, walau kejadian lalu bagaimanapun menunjukkan kesan kecil terhadap perolehan atau harga saham, jika ada.

“Biarpun begitu, kami percaya boikot ini mungkin lebih memberi kesan buruk kepada Starbucks berbanding Nestle.

“Hal ini demikian memandangkan perbezaan dalam permintaan dan persaingan. Barangan Starbucks secara amnya bukan keperluan dan berada dalam pasaran yang mempunyai persaingan lebih sengit di mana pilihan-pilihan lain mudah didapati, manakala barangan Nestle kebanyakannya adalah makanan ruji dan ia memegang bahagian pasaran yang besar dalam kebanyakan segmen barangan yang diceburi.

“Buat masa ini, kami tidak mengubah ramalan perolehan sementara menunggu perkembangan lanjut dan bayangan daripada pihak pengurusan,” katanya dalam nota yang ditulis penganalisis, Soong Wei Siang dan Tai Yu Jie.

Dalam perkembangan lain, RHB Research berkata sentimen pengguna yang hambar dan perbelanjaan berjaga-jaga dilihat berterusan pada suku ketiga 2023, iaitu suku yang lazimnya perlahan dengan ketiadaan perayaan besar dan cuti yang panjang.

Oleh itu, katanya pertumbuhan pendapatan kasar syarikat-syarikat produk pengguna mungkin tidak begitu menggalakkan, berbanding asas tinggi pada suku kedua 2022 yang didorong oleh pembukaan semula ekonomi pascapandemik.

“Sementara itu, kami percaya kos operasi yang semakin menaik akan terus menghakis margin. Risiko perolehan lebih rendah mungkin lebih ketara dalam subsegmen barangan bukan keperluan pengguna kerana pengguna mungkin telah mengurangkan perbelanjaan bukan keperluan,” katanya.

Firma penyelidikan pasaran itu berkata, pilihan utama saham syarikat dalam sektor produk pengguna ialah MR DIY disebabkan oleh trajektori perolehan jangka dekat yang jelas, diperkukuh oleh faktor penggalak kos dan permintaan yang mantap.

“DXN pula diniagakan pada penilaian yang menarik meskipun pertumbuhan perolehannya kukuh dan margin untungnya adalah yang tertinggi dalam sektor.

“Mekanisme jualan hadapan Guan Chong, di samping saluran jualan yang teguh dan kelompok pelanggan dalam kalangan syarikat multinasional patut terus menyokong asas perolehannya yang mantap,” katanya.

RHB Research berkata, perolehan pada suku ketiga 2023 akan menunjukkan bukti lebih jelas mengenai sentimen pengguna yang berjaga-jaga ekoran peningkatan tekanan inflasi dan penurunan pendapatan boleh belanja.

“Hal ini, di samping risiko inflasi yang timbul daripada langkah-langkah reformasi, iaitu pewajaran subsidi, mungkin telah diambil kira dalam penilaian.

“Sebaliknya, pasaran pekerjaan yang stabil dan bantuan kewangan kerajaan yang diteruskan bagi membantu kumpulan berpendapatan lebih rendah patut menyokong perbelanjaan pengguna,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Protes pelajar UCLA pro-Palestin tidak dilindungi polis – Laporan

Pertubuhan Islam di Amerika Syarikat (AS) dan pelajar University of California, Los Angeles (UCLA) mengecam pegawai-pegawai universiti dan polis kerana gagal campur tangan dan melindungi mereka daripada penyerang pro-Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pelajar di perkhemahan aman pro-Palestin di kampus Los Angeles yang cedera.
  • Pertubuhan Islam di Amerika Syarikat (AS) dan pelajar University of California, Los Angeles (UCLA) mengecam pegawai-pegawai universiti dan polis kerana gagal campur tangan dan melindungi mereka daripada penyerang pro-Israel.
  • Al Jazeera memetik AP melaporkan Ketua staf Majlis Hal Ehwal Awam Muslim di AS, Rebecca Husaini berkata pelajar yang memprotes di UCLA tidak berasa dilindungi polis berikutan serangan pada malam Selasa sehingga pagi Rabu.
  • “Masyarakat perlu merasakan polis melindungi mereka, tidak membenarkan orang lain mencederakan mereka,” kata Rebecca.
  • Perkara itu disebutnya selepas tercetusnya keganasan di mana pelajar di perkhemahan aman pro-Palestin di kampus Los Angeles diganggu secara lisan, disembur lada dan dipukul penyerang pro-Israel.
  • Beberapa pelajar yang bercakap dengan AP berkata mereka perlu bergantung antara satu sama lain dan bukan pihak polis sebagai perlindungan ketika mereka diserang.

Pertubuhan Islam di Amerika Syarikat (AS) dan pelajar University of California, Los Angeles (UCLA) mengecam pegawai-pegawai universiti dan polis kerana gagal campur tangan dan melindungi mereka daripada penyerang pro-Israel.

Al Jazeera memetik AP melaporkan Ketua staf Majlis Hal Ehwal Awam Muslim di AS, Rebecca Husaini berkata pelajar yang memprotes di UCLA tidak berasa dilindungi polis berikutan serangan pada malam Selasa sehingga pagi Rabu.

“Masyarakat perlu merasakan polis melindungi mereka, tidak membenarkan orang lain mencederakan mereka,” kata Rebecca.

Perkara itu disebutnya selepas tercetusnya keganasan di mana pelajar di perkhemahan aman pro-Palestin di kampus Los Angeles diganggu secara lisan, disembur lada dan dipukul penyerang pro-Israel.

Beberapa pelajar yang bercakap dengan AP berkata mereka perlu bergantung antara satu sama lain dan bukan pihak polis sebagai perlindungan ketika mereka diserang.

Ramai penyokong pro-Palestin kekal aman dan tidak terlibat dengan pelaku serangan.

Berikutan penahanan lebih 100 penunjuk perasaan pelajar bulan lalu di Universiti Columbia di New York, demonstrasi pro-Palestin semakin merebak di kolej dan universiti di seluruh AS.

Selain UCLA, pelajar di beberapa kolej dan universiti California yang lain, termasuk Universiti Stanford, Universiti California Selatan, UC Berkeley dan Negeri Sacramento, menyertai bantahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending