Antarabangsa
Starbucks buang pekerja lagi

- CEO Starbucks Brian Niccol umum akan laksanakan pembuangan pekerja dalam satu memo.
- Pengumuman dijadualkan dilaksana pada musim luruh nanti.
- Starbucks mempunyai 3,000 kedai dan 16,000 pekerja.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Brian Niccol, memberitahu pekerjanya bahawa syarikat akan melakukan pembuangan kakitangan sektor korporat pada Mac ini.
Notis tersebut turut disiarkan di laman web syarikat pada hari Jumaat.
Sejak menyertai rangkaian kopi itu pada bulan September, Niccol telah memulakan pelbagai perubahan, termasuk memperkenalkan semula kod etika syarikat dan membawa kembali cawan seramik, semua ini bertujuan untuk mengembalikan Starbucks kepada jenama asalnya bagi memperbaiki jualan yang merosot.
Niccol turut menggariskan beberapa cara agar syarikat boleh beroperasi dengan lebih efisien termasuk pemberhentian kakitangan serta pasukan sokongan yang lebih kecil pada masa akan datang.
Memo tersebut juga menyatakan bahawa pengecilan operasi yang dirancang itu hanya melibatkan kakitangan korporat dan tidak akan menjejaskan pekerja di kedai.
Menurut media ABC, Starbucks mempunyai lebih daripada 3,000 kedai dan 16,000 orang dalam pelbagai peranan korporat.
Jumlah kakitangan yang bakal diberhentikan tidak dinyatakan.
“Saya tidak membuat keputusan ini dengan mudah, dan saya tahu bahawa ini akan mencetuskan ketidakpastian dan kebimbangan.
“Saya mahu bersikap telus mengenai kemajuan kami dan rancangan kami serta memastikan anda mendengar tentang perkara ini secara langsung daripada saya,” tulis Niccol. -The Merdeka Times
