Connect with us

Terkini

BFood, pengendali Starbucks Malaysia terus catat kerugian akibat boikot

Berjaya Food Bhd (BFood) mencatatkan kerugian bersih RM29.76 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mac 2024 (3QFY24) berbanding untung bersih RM15.94 juta setahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Berjaya Food Bhd (BFood) mencatatkan kerugian bersih RM29.76 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mac 2024 (3QFY24) berbanding untung bersih RM15.94 juta setahun lalu.
  • Ini merupakan kerugian buat suku tahun kedua berturut-turut dengan 2QFY24, pengendali Starbucks Malaysia itu mencatat rekod kerugian bersih RM42.58 juta bagi suku berakhir 31 Disember 2023.
  • Kerugian dan pendapatan lebih rendah itu disebabkan tindakan pengguna Malaysia yang memboikot jenama tertentu susulan genosid di Palestin.
  • “Hasil yang lebih rendah dan kerugian sebelum cukai yang ditanggung pada suku semasa dalam tinjauan adalah disebabkan terutamanya oleh sentimen semasa berhubung dengan konflik di Timur Tengah,” kata BFood dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia yang dipetik DagangNews.com hari ini.
  • Pada Februari lalu dilaporkan pemboikotan konflik Israel-Palestin terhadap francais Starbucks mengheret turun BFood yang mencatat rekod kerugian bersih RM42.58 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2023 (2QFY2024) berbanding keuntungan bersih RM35.49 juta setahun tahun lebih awal.

KUALA LUMPUR — Berjaya Food Bhd (BFood) mencatatkan kerugian bersih RM29.76 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mac 2024 (3QFY24) berbanding untung bersih RM15.94 juta setahun lalu.

Ini merupakan kerugian buat suku tahun kedua berturut-turut dengan 2QFY24, pengendali Starbucks Malaysia itu mencatat rekod kerugian bersih RM42.58 juta bagi suku berakhir 31 Disember 2023.

Kerugian dan pendapatan lebih rendah itu disebabkan tindakan pengguna Malaysia yang memboikot jenama tertentu susulan genosid di Palestin.

“Hasil yang lebih rendah dan kerugian sebelum cukai yang ditanggung pada suku semasa dalam tinjauan adalah disebabkan terutamanya oleh sentimen semasa berhubung dengan konflik di Timur Tengah,” kata BFood dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia yang dipetik DagangNews.com hari ini.

BFood dalam satu kenyataan berkata pendapatan Starbucks susut hampir separuh kepada RM138.65 juta akibat sentimen pengguna susulan konflik di Asia Barat.

Pengendali rangkaian kopi premium, Starbucks berkata hasil diperolehi pada suku tersebut adalah RM599.74 juta dan kerugian sebelum cukai RM44.65 juta berbanding hasil RM844.22 juta.

“Kerugian sebelum cukai yang ditanggung pada suku semasa disebabkan oleh sentimen konflik yang berlaku di Timur Tengah.

“Penurunan hasil dan kerugian sebelum cukai disebabkan pelupusan kepentingan ekuiti entiti kumpulan dalam Jollibean Foods Sdn Bhd.

“la tidak termasuk perbelanjaan berkaitan pelaburan, sebelum cukai kerugian adalah RM34.15 juta dalam tempoh semasa,” katanya. 

Pada Februari lalu dilaporkan pemboikotan konflik Israel-Palestin terhadap francais Starbucks mengheret turun BFood yang mencatat rekod kerugian bersih RM42.58 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2023 (2QFY2024) berbanding keuntungan bersih RM35.49 juta setahun tahun lebih awal.

Pendapatan juga terjejas oleh kerugian RM10.5 juta daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Jollibean Foods Pte Ltd, menurut kumpulan makanan dan minuman itu di Bursa Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending