Connect with us

Terkini

Inflasi, COVID dorong hampir 68 juta orang ke kancah kemiskinan tegar

Peningkatan kos sara hidup akibat inflasi yang meningkat dan kesan berlarutan pandemik COVID-19 telah mendorong hampir 68 juta orang lagi ke dalam kancah kemiskinan tegar di Asia dan Pasifik, menurut Bank Pembangunan Asia (ADB) Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Inflasi, COVID dorong hampir 68 juta orang ke kancah kemiskinan tegar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peningkatan kos sara hidup akibat inflasi meningkat dan kesan berlarutan pandemik COVID-19 mendorong hampir 68 juta orang lagi ke dalam kancah kemiskinan tegar di Asia dan Pasifik, menurut Bank Pembangunan Asia (ADB) Khamis.
  • Setakat tahun lalu, dianggarkan 155.2 juta individu di Asia dan Pasifik atau 3.9 peratus daripada penduduk di rantau itu hidup dalam kemiskinan tegar, atau bertahan dengan pendapatan kurang AS$2.15 sehari.
  • Inflasi melonjak ke paras tertinggi di kebanyakan negara seluruh dunia tahun lalu disebabkan gangguan dalam pasaran makanan dan tenaga.
  • Golongan miskin paling terjejas kerana mereka terpaksa berbelanja lebih untuk keperluan asas seperti makanan dan bahan api, menyebabkan mereka tidak dapat menjimatkan wang, membayar kemudahan kesihatan, dan melabur dalam pendidikan, menurut laporan ADB.

MANILA: Peningkatan kos sara hidup akibat inflasi yang meningkat dan kesan berlarutan pandemik COVID-19 telah mendorong hampir 68 juta orang lagi ke dalam kancah kemiskinan tegar di Asia dan Pasifik, menurut Bank Pembangunan Asia (ADB) Khamis.

Setakat tahun lepas, dianggarkan 155.2 juta orang di Asia dan Pasifik atau 3.9 peratus daripada penduduk di rantau itu hidup dalam kemiskinan tegar, atau bertahan dengan pendapatan kurang AS$2.15 sehari.

“Asia dan Pasifik semakin pulih daripada pandemik Covid-19, tetapi krisis kos sara hidup yang meningkat menjejaskan kemajuan ke arah menghapuskan kemiskinan,” kata ketua ekonomi ADB, Albert Park.

“Dengan mengukuhkan jaringan keselamatan sosial untuk golongan miskin dan memupuk pelaburan dan inovasi yang mewujudkan peluang pertumbuhan dan pekerjaan, kerajaan di rantau ini boleh kembali ke landasan yang betul,” tambahnya.

Inflasi melonjak ke paras tertinggi di kebanyakan negara seluruh dunia tahun lepas disebabkan gangguan dalam pasaran makanan dan tenaga.

Golongan miskin paling terjejas kerana mereka terpaksa berbelanja lebih untuk keperluan asas seperti makanan dan bahan api, menyebabkan mereka tidak dapat menjimatkan wang, membayar kemudahan kesihatan, dan melabur dalam pendidikan, menurut laporan ADB.

“Wanita juga mungkin terjejas, kerana mereka cenderung berpendapatan lebih rendah daripada lelaki manakala juga tertakluk kepada kerja tanpa gaji,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending