Connect with us

Terkini

Kenaikan kos haji disebabkan faktor di luar kawalan TH – Menteri Agama

Peningkatan kos haji tidak dapat dielakkan kerana ia terdedah kepada faktor di luar kawalan Tabung Haji, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Kenaikan kos haji disebabkan faktor di luar kawalan TH - Menteri Agama
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
  • Peningkatan kos haji tidak dapat dielak kerana ia terdedah faktor luar kawalan Tabung Haji, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
  • Menteri Agama, Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, antara faktornya ialah kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi; kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia berbanding riyal dan dolar Amerika.
  • Beliau berkata, faktor lain ialah projek pembesaran yang berterusan di Makkah dan Madinah yang menyebabkan banyak bangunan penginapan jemaah haji dirobohkan, dan memberi tekanan kepada pasaran harga sewaan.
  • “Kenaikan kadar cukai tambah nilai (Value Added Tax) di Arab Saudi daripada 5 peratus kepada 15 peratus bermula bulan Julai 2020 juga adalah salah satu punca kenaikan kos yang agak ketara,” katanya menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar), yang mahu tahu faktor peningkatan kos mengerjakan haji, serta syarat dan kelayakan baharu yang ditetapkan.

KUALA LUMPUR: Peningkatan kos haji tidak dapat dielakkan kerana ia terdedah kepada faktor di luar kawalan Tabung Haji, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, antara faktornya ialah kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi; kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia berbanding riyal dan dolar Amerika.

Beliau berkata, faktor lain ialah projek pembesaran yang berterusan di Makkah dan Madinah yang menyebabkan banyak bangunan penginapan jemaah haji dirobohkan, dan memberi tekanan kepada pasaran harga sewaan.

“Di samping itu, terdapat juga caj-caj yang dikenakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi bagi pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk kebajikan dan keselesaan jemaah haji di Tanah Suci.

“Kenaikan kadar cukai tambah nilai (Value Added Tax) di Arab Saudi daripada 5 peratus kepada 15 peratus bermula bulan Julai 2020 juga adalah salah satu punca kenaikan kos yang agak ketara,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar), yang mahu tahu faktor peningkatan kos mengerjakan haji, serta syarat dan kelayakan baharu yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, Tabung Haji telah berusaha untuk mengawal peningkatan kos tersebut dengan memeterai beberapa perjanjian kontrak jangka panjang untuk penerbangan, penginapan, sajian makan dan beberapa perkhidmatan di Arab Saudi.

Advertisement

Dengan cara tersebut beliau berkata, harga dapat ditetapkan untuk satu tempoh masa dan tidak dinaikkan setiap tahun.

Selain itu, beliau berkata Tabung Haji juga sentiasa menasihati para pendeposit dan bakal haji untuk sentiasa merujuk kepada pihaknya bagi mendapatkan maklumat tepat, dan terkini melalui platform media sosial dan juga portal laman rasmi Tabung Haji.

“Sebagai sebuah institusi Islam yang komited dalam memastikan kebajikan jemaah haji terpelihara, Lembaga Tabung Haji akan terus memberi bantuan kewangan untuk jemaah haji muassasah yang layak.

“Kos haji, kadar bayaran haji dan bantuan kewangan haji akan diumumkan setelah perbincangan secara menyeluruh dibuat dengan mengambil kira keupayaan dan kedudukan kewangan Tabung Haji,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending