Connect with us

Terkini

(VIDEO) Hindu Sangam larang Mentega Terbang ditayangkan

Malaysia Hindu Sangam (MHS) menyifatkan filem Mentega Terbang perlu dilarang tayangannya kerana memaparkan isu sensitif melibatkan agama termasuk agama Hindu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Hindu Sangam larang Mentega Terbang ditayangkan
Foto: Timbalan Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS), Ganesh Babu Rao A/L Kumara Rao.
  • Timbalan Presidennya, Ganesh Babu Rao A/L Kumara Rao berkata, keaslian sesuatu agama itu akan hilang sekiranya filem berbentuk demikian terus ditayangkan berikutan kebanyakan anak muda hari ini kurang cakna (hal agama).
  • “Filem-filem macam ini mesti dilarang ataupun unsur-unsur yang ada keagamaan ini disensorlah. 
  • “Ini nanti tengoklah Muslim ingat semua boleh makan babi diaorang pergi makan babi. Hindu tengok ohh filem kata boleh makan daging semua pergi makan. Ke mana kepercayaan agama itu?”
  • Beliau juga tidak bersetuju dengan cara filem tersebut menunjukkan sisi penganut Hindu yang dipaparkan menerusi watak Suresh.
  • Penerbit filem sepatutnya lebih memahami sensitiviti dan kepercayaan agama masing-masing.

KUALA LUMPUR – Malaysia Hindu Sangam (MHS) menyifatkan filem Mentega Terbang perlu dilarang tayangannya kerana memaparkan isu sensitif melibatkan agama termasuk agama Hindu.

Timbalan Presidennya, Ganesh Babu Rao A/L Kumara Rao berkata, keaslian sesuatu agama itu akan hilang sekiranya filem berbentuk demikian terus ditayangkan berikutan kebanyakan anak muda hari ini kurang cakna (hal agama).

“Filem-filem macam ini mesti dilarang. Ataupun unsur-unsur yang ada keagamaan ini disensorlah. 

“Ini nanti tengoklah Muslim dia ingat semua boleh makan babi diaorang pergi makan babi. Hindu tengok ohh filem kata boleh makan daging semua pergi makan. Ke mana kepercayaan agama itu?” katanya ketika mengulas berkenaan babak dari filem Mentega Terbang yang memaparkan seorang penganut Hindu, iaitu watak Suresh memakan pau babi dan dikatakan juga pernah menikmati daging lembu yang difahamkan dilarang agama tersebut.

Ganesh mengatakan sepatutnya filem itu sebelum ditayangkan ia berunding dengan persatuan-persatuan agama untuk mengelakkan sebarang kekecohan apabila melibatkan isu sensitif yang mana pihak persatuan agama lebih memahami mengenainya.

“Kebanyakan isu-isu ini persatuan agama lebih tahu so mereka kena berunding dulu kerana ia isu sensitif kan? Sensitif sebagai contohnya, walaupun rata-rata orang makan lembu ke babi ke tapi ikut adat dan agama (Hindu) ia dilarang.

“Kalau tayang-tayangan ini menonjol, yang Hindu ataupun Muslim makan babi, lembu itu nanti ramai akan ikut sebab sekarang ini media memainkan peranan penting tahu? So satu masa nanti kita akan hilang keaslian agama pegangan kita dalam zaman moden ini. 

“Mereka yang muda-muda ini semua mereka tidak tahu. Kalau kita tidak strict sangat sebab itu saya kata walaupun agama Hindu ke Muslim ke Kristian ke saya minta untuk agama kita kena strict. Kalau tidak satu hari nanti kita akan hilang,” kata beliau kepada The Merdeka Times hari ini. 

Dalam pada itu, beliau juga tidak bersetuju dengan cara filem tersebut menunjukkan sisi penganut Hindu yang dipaparkan menerusi watak Suresh.

Katanya, penerbit filem berkenaan sepatutnya kena lebih memahami sensitiviti dan kepercayaan agama masing-masing.

Mengulas berkenaan pandangan watak Suresh makan daging lembu dan babi, Ganesh berkata penganut Hindu dilarang dari memakan kedua-dua binatang tersebut kerana lembu dianggap sebagai dewa bagi mereka manakala babi terkait dengan konsep 10 avatar dewa Krishna.

“Lembu dan babi itu memang sensitif. Tidak boleh…” katanya yang bagaimanapun menjelaskan bahawa agama Hindu tidak akan memaksa penganutnya untuk mematuhi larangan itu mahupun mengenakan sebarang denda kepada penganut yang melanggarnya.

Terdahulu, filem Mentega Terbang yang disiarkan di platform Viu bermula 19 Januari itu dialih keluar pada 27 Februari lalu susulan dikritik hebat kerana kandungannya yang didakwa mempersendakan agama.

Filem itu mengisahkan tentang Aisyah, 16, yang mengkaji kitab suci pelbagai agama untuk mencari jawapan tentang kehidupan selepas mati dan tertarik pada kepercayaan kelahiran semula.

Terbaharu, media melaporkan filem kontroversi itu kini di bawah penelitian dan siasatan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *