Terkini
Hartal Doktor Kontrak mahu petugas perubatan kontrak diserap diberi caruman KWSP
Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) mahu petugas perubatan berstatus kontrak yang diserap ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa pencen, diberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
- Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) mahu petugas perubatan berstatus kontrak diserap ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa pencen, diberikan caruman KWSP.
- Wakil HDK berkata, gerakan itu juga sudah membawa solusi itu sejak 2021 lagi namun hingga kini tiada sebarang perkembangan.
- “Sudah banyak kali kami membawa perkara ini kepada Menteri dan Ketua Pengarah (KKM) namun jawapan yang diterima adalah jika mahu tukar, perlu ubah Akta Pencen 1980, perlu kelulusan Parlimen.
- “Tetapi kenapa sampai sekarang tidak diusulkan di Parlimen. Takkan baru sekarang hendak dibincangkan perkara ini?.”
- “Jadi, bila akan buat keputusan? Bila akan bentang di Parlimen? Bila akan dapat laksanakan?” katanya kepada BH, hari ini.
KUALA LUMPUR: Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) mahu petugas perubatan berstatus kontrak yang diserap ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa pencen, diberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Wakil HDK berkata, gerakan itu juga sudah membawa solusi itu sejak 2021 lagi namun hingga kini tiada sebarang perkembangan.
“Sudah banyak kali kami membawa perkara ini kepada Menteri dan Ketua Pengarah (KKM) namun jawapan yang diterima adalah jika mahu tukar, perlu ubah Akta Pencen 1980, perlu kelulusan Parlimen.
“Tetapi kenapa sampai sekarang tidak diusulkan di Parlimen. Takkan baru sekarang hendak dibincangkan perkara ini?.
“Jadi, bila akan buat keputusan? Bila akan bentang di Parlimen? Bila akan dapat laksanakan?” katanya kepada BH, hari ini.
Semalam, BH melaporkan KKM sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyerapkan petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa diberikan pencen.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, dilaporkan berkata ia bagi menangani bebanan tugas yang melebihi kapasiti sumber sedia ada serta untuk mengurangkan beban skim berpencen ditanggung negara ketika ini yang mencecah RM29.1 billion pada 2021.
Mengulas lanjut, wakil HDK berkata, bagaimanapun pihaknya menyambut baik pengumuman Dr Zaliha dan berharap ia akan dilaksanakan dengan segera.
“Kami berharap apa yang dimaklumkan itu bukan hanya cakap-cakap sahaja yang bertujuan untuk menghalang mogok di kalangan doktor,” katanya.
Semalam, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut mahu petugas perubatan berstatus kontrak yang diserap ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa pencen diberikan caruman KWSP.
Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai, dilaporkan berkata pihaknya mengalu-alukan jawatan tetap tanpa pencen bagi doktor kontrak hanya jika ia digantikan dengan caruman KWSP.
Bagaimanapun, katanya, pilihan utama MMA adalah jawatan tetap untuk semua mengikut kaedah semasa.
Sumber: Berita Harian