Antarabangsa
Guru wanita di Uganda ditahan rekrut pelajar jadi lesbian, Aduan dibuat pasangannya yang juga lesbian
Seorang guru wanita di sebuah sekolah perempuan di Jinja City ditahan kerana didakwa mempromosi ‘lesbianisme’ di sekolah itu.
- Seorang guru wanita di sebuah sekolah perempuan di Jinja City ditahan kerana didakwa mempromosi ‘lesbianisme’ di sekolah itu.
- Suspek ditangkap polis berdasarkan aduan dibuat pasangannya yang juga seorang lesbian.
- Pengadu mendakwa suspek curang dan menipu gadis-gadis masih bersekolah serta merekrut pelajar menjadi lesbian.
- Presiden Uganda, Yoweri Museveni memberi amaran terhadap kempen yang menyokong hak homoseksual di negara itu memandangkan aktiviti homoseksual diharamkan di Uganda.
UGANDA – Seorang guru wanita di sebuah sekolah perempuan di Jinja City ditahan kerana didakwa mempromosi ‘lesbianisme’ di sekolah itu.
Jurucakap Polis Daerah Kiira, James Mubi dipetik Daily Monitor sebagai berkata, suspek ditangkap berdasarkan aduan dibuat pasangannya yang juga seorang lesbian.
Pengadu mendakwa suspek curang dan menipu gadis-gadis masih bersekolah serta merekrut pelajar menjadi lesbian.
“Pasangan lesbian berusia 30 tahun itu menyerah diri kepada polis. Pasangannya mendakwa guru itu telah menipunya dan tidak memenuhi keperluan asasnya,” katanya.
Bagaimanapun, suspek menafikan tuduhan terbabit kerana dia menyewa rumah untuk pasangan lesbiannya dan membantunya membangunkan perniagaan kayu.
Mubi berkata suspek mengesahkan hubungan songsang dengan pasangannya dan kedua-duanya ditangkap serta dibawa ke mahkamah sementara menunggu hasil siasatan.
Presiden Uganda, Yoweri Museveni sebelum ini memberi amaran terhadap kempen yang menyokong hak homoseksual di negara itu memandangkan aktiviti homoseksual sudah diharamkan di Uganda.
Presiden Uganda itu menyifatkan hak gay sebagai “karut” semasa ucapan pada Rabu lalu sewaktu majlis tamat pengajian di Kolej Pertahanan Negara.
Sumber: The Star