Connect with us

Antarabangsa

Guru wanita di Uganda ditahan rekrut pelajar jadi lesbian, Aduan dibuat pasangannya yang juga lesbian

Seorang guru wanita di sebuah sekolah perempuan di Jinja City ditahan kerana didakwa mempromosi ‘lesbianisme’ di sekolah itu.

Wartawan TMT

Published

on

Guru wanita di Uganda ditahan rekrut pelajar jadi lesbian, Aduan dibuat pasangannya yang juga lesbian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang guru wanita di sebuah sekolah perempuan di Jinja City ditahan kerana didakwa mempromosi ‘lesbianisme’ di sekolah itu.
  • Suspek ditangkap polis berdasarkan aduan dibuat pasangannya yang juga seorang lesbian.
  • Pengadu mendakwa suspek curang dan menipu gadis-gadis masih bersekolah serta merekrut pelajar menjadi lesbian.
  • Presiden Uganda, Yoweri Museveni memberi amaran terhadap kempen yang menyokong hak homoseksual di negara itu memandangkan aktiviti homoseksual diharamkan di Uganda.

UGANDA – Seorang guru wanita di sebuah sekolah perempuan di Jinja City ditahan kerana didakwa mempromosi ‘lesbianisme’ di sekolah itu.

Jurucakap Polis Daerah Kiira, James Mubi dipetik Daily Monitor sebagai berkata, suspek ditangkap berdasarkan aduan dibuat pasangannya yang juga seorang lesbian.

Pengadu mendakwa suspek curang dan menipu gadis-gadis masih bersekolah serta merekrut pelajar menjadi lesbian.

“Pasangan lesbian berusia 30 tahun itu menyerah diri kepada polis. Pasangannya mendakwa guru itu telah menipunya dan tidak memenuhi keperluan asasnya,” katanya.

Bagaimanapun, suspek menafikan tuduhan terbabit kerana dia menyewa rumah untuk pasangan lesbiannya dan membantunya membangunkan perniagaan kayu.

Mubi berkata suspek mengesahkan hubungan songsang dengan pasangannya dan kedua-duanya ditangkap serta dibawa ke mahkamah sementara menunggu hasil siasatan.

Presiden Uganda, Yoweri Museveni sebelum ini memberi amaran terhadap kempen yang menyokong hak homoseksual di negara itu memandangkan aktiviti homoseksual sudah diharamkan di Uganda.

Presiden Uganda itu menyifatkan hak gay sebagai “karut” semasa ucapan pada Rabu lalu sewaktu majlis tamat pengajian di Kolej Pertahanan Negara.

Sumber: The Star

Author

Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending