Connect with us

Terkini

Tun M, Muhyiddin antara lima diarah fail pembelaan kes saman projek HSR

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin antara lima pihak diarah memfailkan pernyataan pembelaan berhubung saman difailkan individu dikenali Mohd Hatta Sanuri, susulan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Wartawan TMT

Published

on

Tun M, Muhyiddin antara lima diarah fail pembelaan kes saman projek HSR
Foto: Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan), Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri)
  • Selain dua bekas Perdana Menteri, tiga lagi adalah Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan kerajaan, masing-masing diarah failkan pernyataan itu selewat-lewatnya 28 Februari ini.
  • “Mahkamah putuskan 28 Mac ini bagi Mohd Hatta sebagai plaintif failkan jawapan kepada pernyataan pembelaan, selain 30 Mac untuk pengurusan kes seterusnya,” – Peguam bela, Mohaji Selamat.
  • Mohd Hatta, failkan saman menerusi Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail pada 30 Disember lalu, menamakan pihak terbabit selaku defendan pertama hingga kelima atas dakwaan salah guna jawatan awam dan cuai berhubung penamatan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin antara lima pihak diarah memfailkan pernyataan pembelaan berhubung saman difailkan individu dikenali Mohd Hatta Sanuri, susulan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Selain dua bekas Perdana Menteri, tiga lagi adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan kerajaan, masing-masing diarah memfailkan pernyataan itu selewat-lewatnya 28 Februari ini.

Peguam bela Mohd Hatta, Mohaji Selamat, ketika dihubungi mengesahkan arahan itu dibuat Mahkamah Tinggi ketika pengurusan kes terbabit di hadapan Timbalan Penolong Kanan Pendaftar, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar, pagi tadi.

“Mahkamah juga memutuskan 28 Mac ini bagi Mohd Hatta sebagai plaintif memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan, selain 30 Mac untuk pengurusan kes seterusnya,” katanya.

Mohd Hatta, 47, memfailkan saman menerusi Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail pada 30 Disember lalu, dengan menamakan pihak terbabit selaku defendan pertama hingga kelima atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam dan cuai berhubung penamatan projek HSR.

Pada 1 Januari 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan projek HSR sejauh 350 kilometer kerana kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Sehubungan itu, Malaysia membayar S$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura untuk kos ditanggung bagi pembangunan projek HSR serta berkaitan pelanjutan penggantungannya.

Projek itu dijangka menyediakan tiga servis utama iaitu perjalanan secara langsung antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit, servis domestik di Malaysia dan perkhidmatan ‘shuttle’ dari Iskandar Puteri di Johor hingga Singapura.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending