Connect with us

Terkini

Tiga kategori kes bankrap boleh mohon pelepasan segera

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dasar kerajaan untuk memberikan peluang kedua kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap. 

Wartawan TMT

Published

on

Tiga kategori kes bankrap boleh mohon pelepasan segera
Foto: Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Kategori pertama, pengisytiharan kebankrapan telah lepasi tempoh lima tahun dari tarikh perintah penerimaan dan perintah penghukuman/perintah kebankrapan. Kedua, jumlah hutang diperakukan atau baki hutang terlibat tidak lebihi RM50,000. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • “Kategori ketiga, tiada perintah mahkamah, prosiding mahkamah dan/atau prosiding penyiasatan dijalankan ke atas bankrap ikut Akta 360 yang halang pelepasan diberi melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.” 
  • “Bankrap boleh hadir atau hantar surat atau e-mel kepada cawangan terlibat untuk semak status kes kebankrapannya. Maklumat lanjut berkenaan permohonan pelepasan juga boleh diperolehi di laman web rasmi MdI,” kata Azalina.

KUALA LUMPUR: Ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dasar kerajaan untuk memberikan peluang kedua kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap. 

Selaras dengan itu, kerajaan berhasrat untuk meminda akta Insolvensi 1967 (Akta 360) dengan membuat penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan secara automatik agar bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat.

Sementara menunggu pindaan berkenaan, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dalam kenyataan semalam (27 Februari), memaklumkan pelepasan bankrap akan dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akta 360.

Bagi maksud berkenaan, katanya, Ketua Pengarah Insolvensi akan memberikan pertimbangan kepada tiga kategori kes kebankrapan.

“Kategori pertama, pengisytiharan kebankrapan telah melepasi tempoh lima tahun dari tarikh perintah penerimaan dan perintah penghukuman/perintah kebankrapan. Kedua, jumlah hutang yang diperakukan atau baki hutang yang terlibat tidak melebihi RM50,000.

“Kategori ketiga, tiada perintah mahkamah, prosiding mahkamah dan/atau prosiding penyiasatan dijalankan ke atas bankrap mengikut Akta 360 yang menghalang pelepasan diberi melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, individu bankrap yang berada dalam tiga kategori berkenaan boleh membuat permohonan pelepasan kepada cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan mereka.

“Bankrap boleh hadir atau menghantar surat atau e-mel kepada cawangan yang terlibat untuk menyemak status kes kebankrapannya. Maklumat lanjut berkenaan permohonan pelepasan ini juga boleh diperolehi di laman web rasmi MdI,” katanya.

Bankrap digalakkan untuk mengakses set soalan lazim berhubung pelepasan melalui sijil Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akta Akta 360 bagi kategori bankrap dengan hutang berskala kecil di laman web rasmi www.mdi.gov.my untuk mendapatkan maklumat diperlukan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending