Connect with us

Terkini

Lebih banyak dana diperlukan bantu mahasiswa miskin – NGO

Sebuah kumpulan belia berkata Belanjawan 2023 sepatutnya memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengurangkan beban kewangan pelajar universiti, termasuk mereka yang belajar di institusi swasta.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih banyak dana diperlukan bantu mahasiswa miskin - NGO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah kumpulan belia berkata Belanjawan 2023 sepatutnya memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengurangkan beban kewangan pelajar universiti, termasuk mereka yang belajar di institusi swasta.
  • Arus Anak Muda, NGO yang memberi tumpuan kepada celik pendidikan dan politik, berkata tidak semua mahasiswa di universiti dan kolej swasta berada dalam keadaan selesa.
  • Jurucakapnya, Ahmad Ashraff Fahmy Zulhery Fahmy, berkata sebilangan pelajar terutamanya bukan Bumiputera, tidak dapat mendapat tempat di universiti awam.
  • “Adalah lebih baik untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar ini, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan belia berkata Belanjawan 2023 sepatutnya memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengurangkan beban kewangan pelajar universiti, termasuk mereka yang belajar di institusi swasta.

Arus Anak Muda, NGO yang memberi tumpuan kepada celik pendidikan dan politik, berkata tidak semua mahasiswa di universiti dan kolej swasta berada dalam keadaan selesa.

Jurucakapnya, Ahmad Ashraff Fahmy Zulhery Fahmy, berkata sebilangan pelajar itu, terutamanya bukan Bumiputera, tidak dapat mendapat tempat di universiti awam.

“Adalah lebih baik untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar ini, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Ashraff juga berkata pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak selalunya mencukupi untuk menampung yuran pengajian di sesetengah universiti, apatah lagi kos sara hidup.

Itulah sebabnya beliau berharap Putrajaya akan mempertimbangkan bantuan kewangan sekali sahaja antara RM100 dan RM200 setiap semester untuk pelajar itu.

“Elok juga jika mereka dapat diberikan baucar buku atau diskaun untuk gajet,” katanya.

Beliau mengalu-alukan inisiatif eBelia, yang menawarkan RM200 dalam bentuk kredit e-dompet kepada mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun, tetapi berkata ia perlu diperluaskan kepada semua pelajar universiti tanpa mengira usia mereka.

Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan berkata Putrajaya perlu menambah baik perkhidmatan internet di kampus seluruh negara, terutama di luar Lembah Klang.

Presidennya, Zakir Abdul Razak, berkata perkhidmatan internet yang lebih baik juga akan membantu mengurangkan kos sara hidup.

“Pelajar akan dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka untuk pelan internet mudah alih,” katanya.

Pada bulan Januari, New Straits Times melaporkan bahawa pelajar di institusi pengajian tinggi terpaksa bersabar dengan akses internet yang lemah di kampus, dan terpaksa berbelanja lebih kemudahan itu di tempat lain atau membayar perkhidmatan tambahan.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Author