Connect with us

Terkini

Menteri Pendidikan Tinggi arah universiti terima pelajar miskin, tangguh yuran

Semua universiti di negara ini diarahkan menerima kemasukan pelajar miskin, termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran mereka.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata beliau tidak mahu mendengar kisah mahasiswa berpotensi berjaya tidak dapat meneruskan pengajian di universiti.
  • “Saya telah mengarahkan kepada pihak universiti supaya ambil (mahasiswa), pihak universiti akan menerima saudara saudari terlebih dahulu dan lepas itu kita akan susun dan melalui PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan sebagainya.
  • “Kerana salah satu pendekatan dibuat PTPTN ialah kita akan memberi wang pendahuluan bagi membolehkan saudara saudari daftarkan diri sebagai mahasiswa-mahasiswi baru di universiti-universiti berkenaan,” katanya menerusi klip video di Facebook hari ini.

KUALA LUMPUR — Semua universiti di negara ini diarahkan menerima kemasukan pelajar miskin, termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran mereka.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata beliau tidak mahu mendengar kisah mahasiswa berpotensi berjaya tidak dapat meneruskan pengajian di universiti.

“Saya telah mengarahkan kepada pihak universiti supaya ambil (mahasiswa), pihak universiti akan menerima saudara saudari terlebih dahulu dan lepas itu kita akan susun dan melalui PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan sebagainya.

“Kerana salah satu pendekatan dibuat PTPTN ialah kita akan memberi wang pendahuluan bagi membolehkan saudara saudari daftarkan diri sebagai mahasiswa-mahasiswi baru di universiti-universiti berkenaan,” katanya menerusi klip video di Facebook hari ini.

Foto: Tangkap layar hantaran Menteri Pendidikan Tinggi di Facebook.

Turut bersama dalam video itu ialah Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegaskan supaya tiada individu menjadikan kemiskinan, kedaifan dan masalah kewangan sebagai alasan yang mengekang untuk masuk ke universiti.

Foto: Tangkap layar hantaran Datuk Dr Asyraf Wajdi di Facebook.

Beliau berkata ini kerana ilmu sahaja boleh merubah kehidupan seseorang dengan memberi contoh Zambry yang juga anak seorang nelayan, namun berjaya melanjutkan pelajaran di universiti di Amerika Syarikat dan menjadi kumpulan pertama UIA sebelum akhirnya menjadi menteri. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending