Terkini
Perubahan dasar, undang-undang perlu input pelbagai pihak – Fadillah
Sebarang perubahan berkaitan dasar dan undang-undang kerajaan sedia ada, sama ada perlu ditambah baik, dikaji semula atau dimansuh perlu melalui proses biasa dan mendapatkan input semua pihak berkepentingan.

- Keputusan hanya boleh dibuat kerajaan selepas ambil kira hasil dari sesi libat urus pelbagai pihak. – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
- “Apabila kita berbincang berhubung kait dengan dasar dan perundangan sedia ada, memang kena ambil kira banyak perkara.”
- “Kerajaan akan pastikan sebarang reformasi dilaksanakan ini ambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.”
- “Penambahbaikan dan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] sedang dilaksanakan bagi perkasakan akta tersebut dan realisasikan visi Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 untuk wujud negara bebas rasuah,” katanya.
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Sebarang perubahan berkaitan dasar dan undang-undang kerajaan sedia ada, sama ada perlu ditambah baik, dikaji semula atau dimansuh perlu melalui proses biasa dan mendapatkan input semua pihak berkepentingan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata keputusan hanya boleh dibuat kerajaan selepas mengambil kira hasil daripada sesi libat urus pelbagai pihak.
“Apabila kita berbincang berhubung kait dengan dasar dan perundangan sedia ada, memang kita kena mengambil kira banyak perkara,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) di Dewan Rakyat hari ini.
Saifuddin bertanyakan sama ada kerajaan berhasrat untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).
Baru-baru ini media melaporkan, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan AUKU memandangkan akta itu masih relevan, terutamanya melibatkan urus tadbir universiti.
Dalam pada itu menjawab soalan asal Saifuddin berhubung butiran khusus reformasi Parlimen, Fadillah berkata Kerajaan Perpaduan memandang serius agenda reformasi institusi ini dan akan mengambil tindakan yang tuntas bagi merealisasikan agenda berkenaan.
“Kerajaan akan memastikan sebarang reformasi yang dilaksanakan ini mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan,” katanya.
Antara reformasi berkenaan lalah mewujudkan semula perkhidmatan Parlimen bagi merealisasikan hasrat pengasingan kuasa antara Badan Legislatif dan Badan Eksekutif dan meneliti untuk meminda Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347).
Fadillah berkata beberapa perkara dasar berhubung penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen akan dimuktamadkan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.
“Penambahbaikan dan pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] juga sedang dilaksanakan bagi memperkasakan akta tersebut dan merealisasikan visi Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 untuk mewujudkan negara bebas rasuah,” katanya.
Sumber: Bernama
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas