Antarabangsa
Negara-negara hantar bantuan ke Turkiye & Syria
Negara di seluruh dunia bergerak pantas untuk menghantar bantuan dan pasukan penyelamat selepas gempa bumi kuat mengorbankan lebih 2,300 orang di Turkiye dan Syria.
- Negara di seluruh dunia bergerak pantas menghantar bantuan dan pasukan penyelamat selepas gempa bumi kuat mengorbankan lebih 2,300 orang di Turkiye dan Syria.
- Negara seluruh Eropah, Asia, Timur Tengah, dan Amerika Utara berikrar menghantar bantuan dan sokongan.
- Kesatuan Eropah (EU) menggerakkan 10 pasukan mencari dan menyelamat selepas Turkiye meminta bantuan.
- Menurut Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell dan Pesuruhjaya Pengurusan Krisis, Janez Lenarcic, sistem satelit Copernicus diaktifkan menyediakan perkhidmatan pemetaan kecemasan.
PERANCIS: FNegara seluruh Eropah, Asia, Timur Tengah, dan Amerika Utara berikrar menghantar bantuan dan sokongan.
Kesatuan Eropah (EU) menggerakkan 10 pasukan mencari dan menyelamat selepas Turkiye meminta bantuan.
Menurut Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell dan Pesuruhjaya Pengurusan Krisis, Janez Lenarcic, sistem satelit Copernicus diaktifkan untuk menyediakan perkhidmatan pemetaan kecemasan.
“Blok itu bersedia untuk menyokong mereka yang terjejas di Syria,” katanya.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bertafakur selama seminit sebagai memberi penghormatan kepada mangsa.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata pasukan mereka berada di lapangan bagi menilai keperluan dan memberikan bantuan.
“Kami mengharapkan masyarakat antarabangsa membantu ribuan keluarga yang dilanda bencana ini, yang kebanyakannya memerlukan bantuan kemanusiaan terutama di kawasan yang sukar diakses,” katanya.
Dua pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan India yang terdiri daripada 100 anggota bersama skuad anjing dan peralatan, kini bersedia untuk diterbangkan ke kawasan terjejas.
Menurut kementerian luar, doktor dan paramedik bersama ubat-ubatan juga sedang disiapkan.
Perdana Menteri, Narendra Modi menzahirkan kesedihan atas kematian di Turkiye, walaupun mempunyai hubungan dingin dengan India dan Syria.
Jerman yang mempunyai kira-kira tiga juta penduduk asal Turkiye, akan “menggerakkan semua bantuan yang boleh diaktifkan”.
Menteri Dalam Negeri, Nancy Faeser, berkata Agensi Persekutuan Jerman bagi Bantuan Teknikal boleh menubuhkan kem untuk menyediakan tempat perlindungan serta unit rawatan air.
“Penjana, khemah dan selimut juga sedang disiapkan,” katanya.
Presiden Vladimir Putin berjanji menghantar pasukan Russia ke kedua-dua negara melalui panggilan telefon dengan Bashar al-Assad dari Syria dan Recep Tayyip Erdogan dari Turkiye.
“Dalam masa terdekat, penyelamat dari kementerian kecemasan Russia akan berlepas ke Syria,” menurut Kremlin.
Kementerian pertahanan berkata, 300 anggota tentera yang ditempatkan di Syria sedang membantu dengan usaha pembersihan.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata bahawa negaranya yang dilanda perang “bersedia untuk memberi bantuan yang diperlukan untuk mengatasi akibat bencana itu.”
Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, yang mempunyai beberapa pertikaian sempadan dan budaya, berjanji untuk menyediakan “setiap pasukan” untuk membantu jirannya.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata beliau meluluskan penghantaran bantuan ke Syria selepas menerima permintaan melalui saluran diplomatik.
“Kerajaan juga akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Turkiye,” katanya.
Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg menyuarakan “perpaduan penuh” dengan sekutu Turkiye.
Katanya, beliau sudah menghubungi kepimpinan tertinggi Turkiye dan “sekutu NATO sedang menggerakkan sokongan”.
Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson, yang usahanya untuk menyertai NATO ditentang Turkiye, menghantar ucapan “takziah” kepada Erdogan.
“Kami bersedia untuk menawarkan sokongan kami,” ciap Kristersson.
Sementara itu, anggota bomba Poland terbang dari Warsaw ke bandar Gaziantep di Turkiye.
Ketua komandan perkhidmatan bomba negeri, Andrzej Bartkowiak, berkata pasukannya akan bekerja tanpa henti, 24 jam sehari, di dua lokasi.
Qatar berkata, ia akan menghantar 120 pekerja penyelamat ke Turkiye, bersama “hospital lapangan, bantuan kecemasan, khemah dan bekalan musim sejuk”.
Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan menawarkan “bantuan” dalam panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Syria dan Turkiye, menurut laporan agensi berita rasmi WAM.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menerusi ciapan di laman Twitternya: “Hati kami bersama mereka yang kehilangan orang tersayang. Kanada bersedia untuk memberikan bantuan.”
Presiden Emmanuel Macron berkata, Perancis bersedia memberikan bantuan kecemasan kepada Turkiye dan Syria.
“Ingatan kami bersama keluarga yang ditinggalkan,” katanya menerusi ciapan. – AFP
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina