Connect with us

Antarabangsa

Yaman bantu mangsa gempa bumi Turkiye walaupun hidup susah

Meskipun berhadapan kesusahan di negara sendiri akibat perang, rakyat Yaman tetap menunjukkan sokongan dan solidariti yang luar biasa terhadap mangsa dua gempa bumi kuat yang mengorbankan ribuan penduduk di Turkiye.

Wartawan TMT

Published

on

Yaman bantu mangsa gempa bumi Turkiye walaupun hidup susah
Gambar kumpulan konvoi Yaman di tempat Gempa Bumi Turkiye.
  • Masyarakat Yaman lancar kempen derma sebagai balasan kepada Turkiye menghulur bantuan kemanusiaan ke negara mereka yang dilanda perang saudara sejak lebih lapan tahun lepas.
  • Kempen Yaman yang dilancarkan dengan kerjasama Kedutaan Yaman di Ankara, mengumpul 17 juta lira Turki (kira-kira AS$900,000).
  • “Kami tidak boleh membalas budi Turkiye yang sangat besar. Ini hanyalah bantuan sederhana dan ekspresi simbolik terhadap usaha tanpa henti Turkiye yang masih menghulur bantuan kepada rakyat Yaman,” kata jurucakap, Nabila Saeed Al- Rabasi.

ISTANBUL: Meskipun berhadapan kesusahan di negara sendiri akibat perang, rakyat Yaman tetap menunjukkan sokongan dan solidariti yang luar biasa terhadap mangsa dua gempa bumi kuat yang mengorbankan ribuan penduduk di Turkiye.

Susulan bencana gempa bumi pada 6 Februari lepas, masyarakat Yaman melancarkan kempen derma sebagai balasan kepada Turkiye yang menghulur bantuan kemanusiaannya ke negara asal mereka yang dilanda perang saudara sejak lebih lapan tahun lepas, lapor Anadolu Agency.

Kempen Yaman yang dilancarkan dengan kerjasama Kedutaan Yaman di Ankara, mengumpul 17 juta lira Turki (kira-kira AS$900,000), menurut laporan itu.

Menurut angka rasmi terkini, lebih 41,000 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera akibat gempa bumi di Turkiye.

Pada 18 Feb lepas, komuniti Yaman menghantar 10 trak yang sarat dengan bahan makanan, perubatan dan tempat perlindungan, dari Istanbul ke kawasan yang dilanda gempa bumi di selatan Turkiye.

“Kami tidak boleh membalas budi Turkiye yang sangat besar. Ini hanyalah bantuan sederhana dan ekspresi simbolik terhadap usaha tanpa henti Turkiye yang masih menghulur bantuan kepada rakyat Yaman,” kata Nabila Saeed Al- Rabasi, jurucakap kempen itu kepada Anadolu.

“Turkiye menyediakan bantuan kepada rakyat Yaman melalui pelbagai organisasi bagi meringankan penderitaan penduduk,” katanya.

“Turkiye juga melindungi beribu-ribu rakyat Yaman yang mencari perlindungan di negara itu sejak meletusnya perang.”

Pada 13 Februari, aktivis Yaman yang juga penerima Hadiah Nobel Keamanan, Tawakkol Karman, mengumumkan bantuannya untuk membina semula 50 unit rumah yang apabila siap akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD).

Yayasan Tawakkol Karman juga menghantar konvoi bantuan pada Rabu dari Istanbul ke bandar Hatay di Turkiye.

Yaman terlibat dalam perang saudara sejak 2014 yang meragut nyawa lebih 230,000 yang menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan krisis kemanusiaan terburuk di dunia dan menyebabkan 80 peratus daripada kira-kira 30 juta penduduknya bergantung kepada bantuan.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending