Connect with us

Antarabangsa

Gempa Bumi Turkiye: Kerajaan bina rumah untuk 1.5 juta mangsa

Turkiye kini memulakan projek membina semula rumah untuk 1.5 juta mangsa gempa bumi dahysat yang melanda selatan negara itu pada 6 Februari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Gempa Bumi Turkiye: Kerajaan bina rumah untuk 1.5 juta mangsa
Foto: Presiden Recep Tayyip, Erdogan.
  • Presiden Recep Tayyip Erdogan berjanji membina semula rumah dalam tempoh setahun, walaupun pakar akui kerajaan perlu mengutamakan keselamatan berbanding kepantasan menyiapkan projek.
  • Rancangan awal kerajaan Turki adalah membina 200,000 pangsapuri dan 70,000 rumah kampung dengan kos sekurang-kurangnya AS$15 bilion.
  • Rumah tersebut untuk mereka yang terselamat sama ada yang meninggalkan kawasan, menetap sementara di khemah, rumah kontena atau penginapan tajaan kerajaan.

ANKARA, 5 Syaaban 1444H, Ahad – Turkiye kini memulakan projek membina semula rumah untuk 1.5 juta mangsa gempa bumi dahysat yang melanda selatan negara itu pada 6 Februari lalu.

Lebih 160,000 bangunan yang mempunyai 520,000 unit kediaman pangsapuri runtuh serta rosak teruk akibat gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan mengumumkan angka kematian di Turkiye meningkat kepada 44,218, sementara di Syria 5,914 – menjadikan keseluruhan melebihi 50,000 orang.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berjanji untuk membina semula rumah dalam tempoh setahun, walaupun pakar mengakui kerajaan perlu mengutamakan keselamatan berbanding kepantasan menyiapkan projek.

Rancangan awal kerajaan Turki adalah untuk membina 200,000 pangsapuri dan 70,000 rumah kampung dengan kos sekurang-kurangnya AS$15 bilion.

Bank Amerika Syarikat (AS), JPMorgan menganggarkan pembinaan semula rumah dan infrastruktur awam akan menelan belanja AS$25 bilion.

Rumah ini untuk mereka yang terselamat sama ada yang meninggalkan kawasan, menetap sementara di khemah, rumah kontena atau penginapan tajaan kerajaan.-  Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending