Connect with us

Terkini

KPK perhalusi cadangan naikkan harga getah RM3 sekilogram

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memperhalusi cadangan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

KPK perhalusi cadangan naikkan harga getah RM3 sekilogram
Foto: Datuk Siti Aminah Aching.
  • Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memperhalusi cadangan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan.
  • Kerajaan akan laksanakan dahulu Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan berjumlah RM350 juta diumumkan dalam Belanjawan 2023. – Timbalan Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching
  • “Berhubung cadangan naikkan harga lantai getah RM3 sekilogram, kementerian bersama agensi seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah, Kementerian Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Lembaga Getah Malaysia dan Lembaga Industri Getah Sabah sudah kaji mekanisme penambahbaikan kadar IPG.”
  • “Kenaikan ini bertujuan memberi bantuan serta-merta kepada pekebun kecil namun pada masa akan datang, kerajaan akan pertimbang kadar lebih sesuai mengambil kira keupayaan kewangan negara,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memperhalusi cadangan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Aminah Aching, berkata bagaimanapun, kerajaan akan melaksanakan dahulu Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan berjumlah RM350 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.

“Berhubung cadangan untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram, kementerian bersama agensi seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah, Kementerian Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD), Lembaga Getah Malaysia dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sudah mengkaji mekanisme penambahbaikan kadar IPG,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) yang meminta kerajaan menyatakan sama ada bercadang meningkatkan harga lantai getah sekerap bagi menyerap impak kejatuhan pendapatan penoreh getah ketika ini.

Siti Aminah berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan pekebun kecil getah yang mana pendapatan mereka akan terjejas apabila harga getah merosot.

“Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu, kerajaan bersetuju menaikkan paras harga pengaktifan IPG daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram.

“Selain itu, kerajaan turut menaikkan sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan bagi meringankan beban ditanggung oleh 320,000 golongan berkenaan,” katanya.

Menjawab soalan wakil sama, Aminah berkata, kementerian akan terus berusaha untuk mencari jalan meningkatkan nilai terbabit, bergantung kepada peruntukan kerajaan.

“Sudah diumumkan dan dimaklumkan dalam (pembentangan) belanjawan, dinaikkan dari RM2.50 kepada RM2.70. Untuk sementara ini, kita tunggu dahulu dan laksanakan apa yang diumumkan ini,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang) yang bertanya kenapa hanya dinaikkan sebanyak 20 sen, Siti Aminah menjelaskan walaupun nilai dilihat kecil, ia memberi impak besar.

“Kenaikan ini bertujuan memberi bantuan serta-merta kepada pekebun kecil namun pada masa akan datang, kerajaan akan pertimbang kadar lebih sesuai mengambil kira keupayaan kewangan negara.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Perundangan baharu kawal selia penerbitan kalimah ‘Allah’ sedang disediakan – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.
  • “Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak JAKIM, Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan AGC dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 
  • “Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.
  • Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.

“Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 

“Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

Pada 23 Oktober 2023,  media melaporkan garis panduan baharu mengenai Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu terbabit.

Saifuddin dilaporkan mengatakan cadangan garis panduan itu sudah dikemukakan kepada MKI selepas selesai lima sesi libat urus diadakan sebelum ini.

Katanya, KDN akan mengambil panduan hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu untuk mengadakan garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah.

KDN sebelum ini mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk AGC, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JAKIM, Majlis Profesor Malaysia dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim Syarie Malaysia.

Ia susulan KDN dan kerajaan Malaysia pada 15 Mei 2023 dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. 

Memetik BERNAMA, Jill Ireland dilaporkan memohon semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) dengan tajuk mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 dan perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah pada 2014 memerintahkan CD itu dipulangkan dan setelah melalui beberapa proses, memutuskan arahan KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending