Connect with us

Terkini

Penderaan kewangan ancaman terbesar warga emas – FEWRC

Warga emas mempunyai pendapatan isi rumah bulanan terendah iaitu bawah RM500 sebulan dikenal pasti paling terdedah kepada penderaan kewangan. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Warga emas mempunyai pendapatan isi rumah bulanan terendah iaitu bawah RM500 sebulan dikenal pasti paling terdedah kepada penderaan kewangan. 
  • Demikian antara dapatan tinjauan Pusat Penyelidikan, Pendidikan dan Kesejahteraan Kewangan (FEWRC) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan penderaan kewangan dikenal pasti menjadi ancaman terbesar dihadapi warga emas.
  • Tinjauan hasil kerjasama penyelidik Universiti Malaya (UM) bertajuk ‘Penderaan Kewangan Warga Emas: Melindungi dan Memperkasa Warga Emas’ ke atas 1,927 penduduk di Kuala Pilah itu mengenal pasti lima bentuk penderaan menjadi ancaman kepada kelompok sasar.
  • Memetik media tempatan dilaporkan penderaan kewangan yang paling lazim berlaku adalah seperti anak menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ibu bapa untuk beli rumah, anak guna wang pencen ibu bapa dan menukar nama pemilik geran tanah atau rumah pusaka.
  • “Kajian ke atas warga emas berusia 60 ke atas menunjukkan mereka yang berdepan penderaan kewangan selalunya akan turut mengalami pengabaian secara psikologikal. Jika kedua-duanya ini digabungkan, maka ia akan mewakili 8.2 peratus.
  • “Daripada aspek gender, kajian menunjukkan lelaki paling banyak berdepan penderaan kewangan. Ia paling banyak terjadi kepada lelaki berusia 70 tahun dan ke atas iaitu 13 peratus, berbanding mereka berusia 60 hingga 69 tahun yang mewakili hanya 8 peratus,” kata Ketua Jabatan Pembangunan Penyelidikan FEWRC, Mohammad Mafrukhin Mokhtar.

KUALA LUMPUR — Warga emas mempunyai pendapatan isi rumah bulanan terendah iaitu bawah RM500 sebulan dikenal pasti paling terdedah kepada penderaan kewangan. 

Demikian antara dapatan tinjauan Pusat Penyelidikan, Pendidikan dan Kesejahteraan Kewangan (FEWRC) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan penderaan kewangan dikenal pasti menjadi ancaman terbesar dihadapi warga emas.

Tinjauan hasil kerjasama penyelidik Universiti Malaya (UM) bertajuk ‘Penderaan Kewangan Warga Emas: Melindungi dan Memperkasa Warga Emas’ ke atas 1,927 penduduk di Kuala Pilah itu mengenal pasti lima bentuk penderaan menjadi ancaman kepada kelompok sasar.

Selain penderaan kewangan yang terbesar dengan 4.8 peratus, empat faktor lain membabitkan penderaan psikologikal mewakili 3.4 peratus, fizikal (1.2 peratus), pengabaian (1.1 peratus) dan kes berkaitan seksual (0.3 peratus).

Memetik media tempatan dilaporkan penderaan kewangan yang paling lazim berlaku adalah seperti anak menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ibu bapa untuk membeli rumah, anak guna wang pencen ibu bapa dan menukar nama pemilik geran tanah atau rumah pusaka.

Ketua Jabatan Pembangunan Penyelidikan FEWRC, Mohammad Mafrukhin Mokhtar, berkata dapatan sama juga mendapati warga emas yang berdepan penderaan kewangan turut terdedah kepada pengabaian psikologi.

“Kajian ke atas warga emas berusia 60 ke atas menunjukkan mereka yang berdepan penderaan kewangan selalunya akan turut mengalami pengabaian secara psikologikal. Jika kedua-duanya ini digabungkan, maka ia akan mewakili 8.2 peratus. 

“Daripada aspek gender, kajian menunjukkan lelaki paling banyak berdepan penderaan kewangan. Ia paling banyak terjadi kepada lelaki berusia 70 tahun dan ke atas iaitu 13 peratus, berbanding mereka berusia 60 hingga 69 tahun yang mewakili hanya 8 peratus,” katanya dipetik media tempatan di sini pada Selasa. 

Mohammad Mafrukhin berkata mereka yang tinggal bersendirian iaitu sekitar 17.8 peratus turut berdepan kebarangkalian mengalami penderaan kewangan berbanding yang tinggal bersama orang lain seperti suami, isteri atau anak-anak.

“Kajian juga mendapati peratusan kematian lebih tinggi dalam kalangan mangsa (penderaan kewangan) iaitu 23 peratus berbanding responden meninggal dunia selepas enam tahun hidup dalam penderaan,” katanya. 

Beliau berkata amat penting penumpuan diberikan kepada isu berkaitan warga emas terutama membabitkan penderaan kewangan diberi perhatian secara menyeluruh. 

Katanya, ramai warga emas dalam kajian tersebut yang berdepan situasi sedemikian didapati tidak membuat laporan sama ada kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pihak polis.

“Jadi perlu untuk kita berikan kesedaran supaya (warga emas) ini tidak malu untuk bercerita atau berkongsi kepada pihak berkaitan sekiranya mereka dianiaya. 

“Namun, mereka mungkin enggan berbuat demikian kerana kajian menunjukkan 57 peratus kes penderaan kewangan dilakukan keluarga terdekat. Ini realiti sedang berlaku dalam kalangan warga emas,” katanya.

Pada Julai 2022, Pengurus Besar Homage Malaysia, PC Gan mendedahkan kes yang kerap berlaku membabitkan kelompok warga emas adalah eksploitasi kewangan di mana kebanyakan warga emas dipujuk atau dipaksa membuat pengeluaran wang KWSP oleh anak sendiri dan kenalan rapat, sebelum ditinggalkan di rumah orang tua.

Katanya, pandemik COVID-19 turut menyebabkan jumlah eksploitasi kewangan terhadap warga emas meningkat lebih banyak. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *