Connect with us

Terkini

Situasi di AS, China punca nilai ringgit lemah

Kejatuhan nilai ringgit secara berterusan hingga meletakkannya hampir ke paras terendah direkodkan pada 1998 adalah disebabkan faktor luaran melibatkan situasi terkini di Amerika Syarikat (AS) dan China.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari University of Science and Technology Malaysia (kiri) dan Pengarah Program MBA, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff (kanan).
  • Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata ini juga menunjukkan nilai ringgit melemah bukan disebabkan prestasi ekonomi di negara ini.
  • “Di AS apabila kadar faedahnya tinggi 5.50% ini menyebabkan ramai yang mahu membeli dolar AS dan menyimpan di AS, sebab pulangan dia tinggi berbanding OPR kita hanya tiga peratus.
  • “Jadi lebih baik menyimpan duit AS apabila dolar mengukuh ringgit melemah, bukan sebab kita lemah sebab fundamental ekonomi kita tapi sebab dolar mengukuh dengan begitu tinggi,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Faktor kedua adalah kerana negara China yang merupakan rakan dagang Malaysia yang utama, sejak beberapa bulan kebelakangan ini menunjukkan aktiviti ekonomi agak perlahan disebabkan inflasi di negara berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang faktor nilai ringgit berterusan menyusut hingga meletakkannya hampir ke paras terendah yang direkodkan pada 1998 semasa krisis kewangan Asia.
  • Mengulas isu sama, Profesor Emeritus Malaysia University of Science and Technology, Dr Barjoyai Bardai berkata antara faktor itu adalah seperti pariti faedah dengan AS, penurunan dan kelemahan ekonomi China, Yuan serta paling penting melibatkan sentimen dan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.
  • “Jadi ini membawa kepada perkara-perkara yang kita susah sikit nak betulkan tapi kita patut biarkan itu, kita patut tumpukan kepada aspek dalaman bagaimana kita boleh mengubah ekonomi kita,” katanya.

KUALA LUMPUR — Kejatuhan nilai ringgit secara berterusan hingga meletakkannya hampir ke paras terendah direkodkan pada 1998 adalah disebabkan faktor luaran melibatkan situasi terkini di Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata ini juga menunjukkan nilai ringgit melemah bukan disebabkan prestasi ekonomi di negara ini.

“Di AS apabila kadar faedahnya tinggi 5.50 peratus ini menyebabkan ramai yang mahu membeli dolar AS dan menyimpan di AS, sebab pulangan dia tinggi berbanding OPR kita hanya tiga peratus.

“Jadi lebih baik menyimpan duit AS apabila dolar mengukuh ringgit melemah, bukan sebab kita lemah sebab fundamental ekonomi kita tapi sebab dolar mengukuh dengan begitu tinggi,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang faktor nilai ringgit berterusan menyusut hingga meletakkannya hampir ke paras terendah yang direkodkan pada 1998 semasa krisis kewangan Asia.

Ahmed Razman berkata faktor kedua situasi itu berlaku kerana negara China yang merupakan rakan dagang Malaysia yang utama, sejak beberapa bulan kebelakangan ini menunjukkan aktiviti ekonomi agak perlahan disebabkan inflasi di negara berkenaan.

“Apabila kurang permintaan kurang aktiviti ekonomi di negara mereka maka mereka mengimport kurang daripada negara kita.

“Apabila mereka mengimport kurang daripada maka tiada permintaan terhadap ringgit. Itu dua faktor menyebabkan ringgit kita melemah disebabkan faktor luaran, langsung tiada kaitan dengan prestasi ekonomi kita,” katanya.

Mengulas isu sama, Profesor Emeritus Malaysia University of Science and Technology, Dr Barjoyai Bardai berkata krisis kadar pertukaran wang asing melibatkan ringgit Malaysia berlaku disebabkan banyak faktor dan ia tidak boleh dikawal.

Katanya, antara faktor itu adalah seperti pariti faedah dengan AS, penurunan dan kelemahan ekonomi China, Yuan serta paling penting melibatkan sentimen dan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

“Jadi ini membawa kepada perkara-perkara yang kita susah sikit nak betulkan tapi kita patut biarkan itu, kita patut tumpukan kepada aspek dalaman bagaimana kita boleh mengubah ekonomi kita.

“Cara kita nak ubah ekonomi adalah segera melaksanakan reform kepada ekonomi Malaysia dengan menekankan kepada pembangunan sumber manusia, meningkatkan industri keselamatan makanan segera dan menumpukan penggantian eksport.

“Ini semua dalam jangka pendek membantu memulihkan kadar pertukaran kita, Insyaallah,” kata Barjoyai Bardai.

Beliau juga menjelaskan apa yang berlaku hari ini dengan keadaan krisis kewangan Asia 1997 adalah tidak sama kerana ekonomi kita ketika ini tidak menghadapi kegawatan, sebaliknya ia sedang meningkat dan fundamental ekonomi juga kukuh. —- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending