Connect with us

Terkini

Kerajaan perketat undang-undang perlindungan pemberi maklumat rasuah – PM

Kerajaan sedang meneliti peruntukan undang-undang berkaitan bagi memperketat perlindungan terhadap pemberi maklumat yang melaporkan mengenai rasuah dan kesalahan tatakelola.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan perketat undang-undang perlindungan pemberi maklumat rasuah - PM
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah).
  • Perkara itu merupakan fokus utama beliau kerana terdapat ramai pemberi maklumat termasuk penjawat awam berasa tidak selamat untuk melaporkan kes-kes berkenaan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 
  • “Cuma ada pandangan daripada pihak perundangan yang menyatakan ini bukan memberi laluan kepada mana-mana pihak untuk membuat tuduhan palsu ataupun fitnah.
  • “Kerana kalau dulu terlalu banyak masa dan tenaga tumpu untuk menangkap ikan-ikan bilis ini yang tak akan banyak membantu kerana rasuah sudah menjadi sesuatu yang sistemik.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti peruntukan undang-undang berkaitan bagi memperketat perlindungan terhadap pemberi maklumat yang melaporkan mengenai rasuah dan kesalahan tatakelola.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan antara fokus utama beliau kerana terdapat ramai pemberi maklumat termasuk penjawat awam berasa tidak selamat untuk melaporkan kes-kes berkenaan kerana mendapat tekanan.

“Cuma ada pandangan daripada pihak perundangan yang menyatakan ini bukan memberi laluan kepada mana-mana pihak untuk membuat tuduhan palsu ataupun fitnah.

“Jadi dibedakan dengan usaha memberikan fakta dan saya setuju dengan gesaan, dan ini akan kita bentangkan, selewat-lewatnya diharap dalam sesi (Parlimen) akan datang,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung komitmen kerajaan dalam meminda peruntukan berkaitan perlindungan pemberi maklumat yang harus dilaksanakan segera seperti disyor Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governan dan Anti Rasuah sebelum ini. – Bernama

Menjawab soalan asal Lo Sui Fui (GRS-Tawau) mengenai strategi penambahbaikan untuk memastikan penyiasatan kes rasuah mendatangkan impak yang nyata, Anwar berkata tumpuan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini, ialah kes rasuah berskala besar.

“Kerana kalau dulu terlalu banyak masa dan tenaga tumpu untuk menangkap ikan-ikan bilis ini yang tak akan banyak membantu kerana rasuah sudah menjadi sesuatu yang sistemik.

“Saya percaya penumpuan kepada kes skala besar yang telah dan sedang dijalankan akan memastikan bahawa rakyat, penjawat awam dan pimpinan politik bahawa SPRM lebih agresif,” katanya.

Menurut Anwar antara kes berskala besar yang disiasat ialah skandal Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), sindiket curi elektrik melibatkan lombong bitcoin, tuntutan palsu dana insentif Program Penjana Kerjaya (Penjana Kerjaya) dan sindiket pengurangan saman trafik.

Menjawab soalan tambahan Lo berkenaan penggubalan undang-undang berkaitan dana politik, Anwar berkata kerajaan komited untuk meneruskannya, namun ia masih di peringkat awal kerana beberapa laporan perlu diteliti sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Terkini

Kandungan provokatif di media sosial meningkat ketara – MCMC

Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 35,490 kandungan provokatif diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
  • “Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan MCMC hari ini.
  • MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat peningkatan ketara kandungan memudaratkan di media sosial dan platform Over The Top (OTT).

“Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat jelik dan mengancam merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, menurut MCMC.

Menurut MCMC, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang melampau di media sosial.

MCMC mengingatkan semua pihak supaya menghentikan hantaran provokasi dan elak daripada menulis komen-komen yang bersifat provokatif dan 3R di media sosial. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending