Terkini
Kaum Cina digalak ceburi perkhidmatan awam – Setiausaha Politik PM
Lebih ramai kaum Cina digalakkan untuk melibatkan diri dalam bidang perkhidmatan awam.
- Setiausaha Politik Perdana Menteri, Chan Ming Kai, berkata, setakat statistik tahun lalu daripada 1.5 juta kakitangan awam hanya 70 ribu dari golongan Cina dan majoriti guru.
- Beliau harapkan kekurangan minat kaum Cina dalam perkhidmatan ini dapat dihapuskan.
- Katanya, sekiranya lebih ramai kaum Cina menjadi kakitangan awam maka rakyat akan lebih memahami sumbangan kaum Cina bukan hanya melibatkan bidang perniagaan dan ekonomi sahaja.
- Menurutnya juga, jika semua kaum mengambil bahagian dalam kerja pentadbiran, ia akan membantu kerajaan menggubal dasar yang lebih komprehensif sekaligus membolehkannya dilaksana lebih lancar.
KUALA LUMPUR – Lebih ramai kaum Cina digalakkan untuk melibatkan diri dalam bidang perkhidmatan awam.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Chan Ming Kai, berkata, setakat statistik tahun lalu daripada 1.5 juta kakitangan awam hanya 70 ribu darinya adalah golongan Cina dan majoriti adalah guru.
Beliau mengharapkan kekurangan minat kaum Cina dalam perkhidmatan ini dapat dihapuskan.
Katanya, sekiranya lebih ramai kaum Cina menjadi kakitangan awam maka masyarakat akan lebih memahami sumbangan kaum itu bukan hanya melibatkan bidang perniagaan dan ekonomi semata-mata.
Menurutnya , jika semua kaum mengambil bahagian dalam kerja pentadbiran, ia akan membantu kerajaan menggubal dasar yang lebih komprehensif sekaligus membolehkannya dilaksana lebih lancar.
“Bagi rakyat nampak, Cina adalah warganegara sejati, kami juga ada kedudukan di negara,” katanya dalam satu kenyataan ketika menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Sambutan Tahun Baru Cina Public Service Chinese Community (PSCC) hari ini bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.
Ming Kai menegaskan bahawa jawatan kakitangan awam tidak mengambil kira latar belakang kaum sebaliknya sesiapa pun yang mempunyai kemampuan dan kepakaran layak memohon jawatan perkhidmatan awam.
Dalam pada itu, beliau berharap akan lebih ramai kakitangan awam berbangsa Cina bangga dengan pekerjaannya untuk menunjukkan profesionalisme jawatan tersebut kepada rakyat sekaligus meningkatkan keyakinan terhadap kakitangan awam.
Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan reformasi perkhidmatan awam yang didakwa didominasi orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – The Merdeka Times
Sumber : China Press