Connect with us

Terkini

Jurulatih bangkit perkauman, BAM gesa CBA ambil tindakan

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggesa Persatuan Badminton China (CBA) mengambil tindakan ke atas seorang rakyat Malaysia yang kini berkhidmat sebagai jurulatih di negara berkenaan susulan kenyataannya yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.

Wartawan TMT

Published

on

Jurulatih bangkit perkauman, BAM gesa CBA ambil tindakan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • BAM akan menghantar aduan rasmi kepada CBA untuk tindakan  lanjut. Komen-komen yang memecah belahkan seperti ini tidak mempunyai tempat dalam masyarakat terutamanya di negara kita dan tidak boleh dibiarkan.
  • “Persatuan mengutuk sekeras-kerasnya bentuk diskriminasi dan akan menggesa CBA mengambil tindakan terhadap individu ini. Individu rasis seperti itu tidak sepatutnya diambil sebagai jurulatih dalam sukan yang sangat digemari jutaan peminat yang berbilang bangsa dan agama,” kata kenyataan itu.
  • BAM turut menegaskan, semua ahli gabungan badan induk itu tidak akan menerima individu berkenaan terbabit dalam sukan badminton di Malaysia.

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggesa Persatuan Badminton China (CBA) mengambil tindakan ke atas seorang rakyat Malaysia yang kini berkhidmat sebagai jurulatih di negara berkenaan susulan kenyataannya yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.

Sambil mengecam sekeras-kerasnya kenyataan perkauman dibuat individu berkenaan, BAM dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan akan menghantar aduan rasmi kepada CBA untuk tindakan lanjut.

“BAM benar-benar terkejut dan akan memanjangkan isu ini termasuk menghantar aduan rasmi kepada CBA. Komen-komen yang memecah belahkan seperti ini tidak mempunyai tempat dalam masyarakat terutamanya di negara kita dan tidak boleh dibiarkan.

“Persatuan mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk diskriminasi dan akan menggesa CBA mengambil tindakan yang perlu terhadap individu ini. Individu rasis seperti itu tidak sepatutnya diambil sebagai jurulatih dalam sukan yang sangat digemari jutaan peminat yang berbilang bangsa dan agama,” kata kenyataan itu.

BAM turut menegaskan, semua ahli gabungan badan induk itu tidak akan menerima individu berkenaan terbabit dalam sukan badminton di Malaysia.

Baru-baru ini, tular di media sosial, seorang individu yang dilaporkan bekas pemain percubaan pelapis BAM, Bong Guang Yik bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Dalam video itu, Guang Yik yang kini dilaporkan menjadi jurulatih badminton di China mendakwa pengurusan BAM yang majoritinya orang Melayu menjadi punca kejatuhan prestasi sukan itu.

Katanya, orang-orang Melayu tidak menguruskannya dengan sempurna lebih-lebih lagi kerap meninggalkan latihan ataupun pengurusan setiap kali waktu solat.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending