Connect with us

Terkini

Hukuman mati mandatori wajar dimansuhkan – PM

Kerajaan campuran hari ini berpegang kepada prinsip bahawa hukuman mati mandatori wajar dimansuhkan dan mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati berdasarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan dengan mengambil kira keadaan-keadaan tertentu.

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Hukuman mati mandatori wajar dimansuhkan - PM
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri berkata kerajaan campuran hari ini berpegang kepada prinsip hukuman mati mandatori wajar dimansuhkan. 
  • Mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati dengan mengambil kira keadaan-keadaan tertentu.
  • Ia dijangka bakal membabitkan pindaan peruntukan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]; Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37].
  • Selain itu, Akta Senjata 1960 [Akta 206];  Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]; dan Akta Penculikan 1961 [Akta 365].

KUALA LUMPUR – Kerajaan campuran hari ini berpegang kepada prinsip bahawa hukuman mati mandatori wajar dimansuhkan dan mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati berdasarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan dengan mengambil kira keadaan-keadaan tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hukuman mati masih wujud di Malaysia dan mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman tersebut bergantung kepada kesalahan yang dilaksanakan.

“Pada ketika ini, semakan dan penelitian terhadap peruntukan akta-akta berkaitan, dengan mengambil kira syor-syor daripada Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dan pandangan Kementerian/Jabatan/Agensi berkepentingan sedang dilaksanakan.

“Dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara untuk memastikan penetapan dasar terbaik berkaitan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dengan mengambil kira aspek pemerkasaan hak asasi manusia selain mempertimbangkan kos pengurusan banduan di penjara seluruh negara serta pelaksanaan restorative justice di Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata pelaksanaan dasar hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori dan tujuh kesalahan dengan hukuman tertakluk budi bicara mahkamah. 

Katanya, ia dijangka bakal membabitkan pindaan peruntukan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]; Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37] dan Akta Senjata 1960 [Akta 206].

Selain itu, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]; dan Akta Penculikan 1961 [Akta 365].

“Selaras dengan perkara ini juga, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menggubal satu akta baharu bersifat sementara.

“Ia akan memberi impak secara terus kepada 840 orang yang menjalani moratorium pelaksanaan hukuman mati daripada 1,320 orang banduan hukuman mati. 

“Baki 480 orang banduan daripada jumlah tersebut akan melalui proses rayuan seperti biasa,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berhubung  perkembangan kerajaan untuk menghapuskan hukuman mati di Malaysia.– The Merdeka Times

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending