Terkini
Gempa Turkiye: MASAT pastikan maklumat pelajar Malaysia kerap dikemas kini
Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) membolehkan maklumat terkini pelajar di sana mudah diperolehi ketika bencana atau tragedi di negara berkenaan.
- Presidennya, Muhammad Adib Nor Azman berkata, sekira berlaku sebarang tragedi, pelajar perlu sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul.
- “Pelajar di Turkiye ada 168 orang, kita tiada pelajar di setiap negeri di sini. Jadi kami tubuhkan Unit Hubungan Dalaman (UHD) yang mana setiap orang akan jaga kawasan di Turkiye.
- “Bila ada maklum balas, kami akan berhubung dengan dia sekiranya ada masalah dan perlukan bantuan. Sekiranya terkesan, kami akan maklumkan kepada konsulat dan kedutaan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) membolehkan maklumat terkini pelajar di sana mudah diperolehi ketika bencana atau tragedi di negara berkenaan.
Presidennya, Muhammad Adib Nor Azman berkata, sekiranya berlaku sebarang tragedi, pelajar perlu sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul.
“Pelajar di Turkiye ada 168 orang, kita tiada pelajar di setiap negeri di sini. Jadi kami tubuhkan Unit Hubungan Dalaman (UHD) yang mana setiap orang akan jaga kawasan di Turkiye.
“Setakat ini kami ada lima UHD di selatan, utara, timur dan barat. Kalau ada masalah di sana, kita minta bantuan UHD untuk hubungi pelajar di sana.
“Bila ada maklum balas, kami akan berhubung dengan dia sekiranya ada masalah dan perlukan bantuan. Sekiranya terkesan, kami akan maklumkan kepada konsulat dan kedutaan,” katanya ketika bersiaran secara langsung dalam Buletin AWANI pada Selasa.
Astro AWANI pada Isnin melaporkan MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.
Muhammad Adib ketika dihubungi Bernama melalui WhatsApp berkata, persatuan berkenaan membuat hebahan dan menghubungi pelajar di kawasan terkesan termasuk di Gaziantep yang merupakan bandar terdekat dengan pusat gempa.
Menurut pelajar tahun ketiga di Istanbul University itu, dua pelajar Malaysia yang menuntut di sebuah universiti di Gaziantep disahkan selamat.
Menurut laporan media, gempa bumi yang melanda selatan Turkiye awal pagi Isnin berhampiran bandar Gaziantep telah meragut 2,316 nyawa di Turkiye, manakala 1,293 lagi kematian direkodkan di negara jiran Syria.
Sementara itu, satu lagi gempa kuat bermagnitud 7.2 berlaku 99 km barat dari Malatya, Turki pada 6.24 petang Isnin.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina