Connect with us

Terkini

Belanjawan 2023: Isi rumah B40 terima STR cecah RM2,500

Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan hingga RM2,500 bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bergantung pada bilangan anak.

Wartawan TMT

Published

on

Belanjawan 2023: Isi rumah B40 terima STR cecah RM2,500
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan hingga RM2,500 bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bergantung pada bilangan anak.
  • Ini sebahagian dari pembaharuan dilaksanakan bawah Belanjawan 2023 supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, dapat manfaat yang lebih dari STR. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • “Kerajaan akan beri sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin ikut data e-Kasih.”
  • “Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.”
  • “Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan hingga maksimum RM3,100,” katanya.

KUALA LUMPUR: Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan hingga RM2,500 bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bergantung pada bilangan anak.

Ini sebahagian daripada pembaharuan dilaksanakan bawah Belanjawan 2023 supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR.

Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.

“Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan hingga maksimum RM3,100,” katanya.

Secara keseluruhan, STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima membabitkan peruntukan hampir RM8 bilion.

“Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40 tetapi mengambil kira bilangan penerima, sebenarnya STR sudah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara ini,” katanya.

Bagi dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun pula, kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 membabitkan peruntukan RM400 juta.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending