Connect with us

Terkini

Akta buat kesalahan penipuan dalam talian perlu diperkasakan – NGO

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mencadang kepada kerajaan agar penjenayah dalam talian (scammer)  tidak diklasifikasikan di bawah kesalahan sivil. 

Wartawan TMT

Published

on

Akta buat kesalahan penipuan dalam talian perlu diperkasakan – NGO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mencadang kepada kerajaan agar penjenayah dalam talian (scammer)  tidak diklasifikasikan di bawah kesalahan sivil. 
  • Pihaknya mendapati kes penipuan atau scammer kerap diklasifikasikan sebagai kes sivil yang dilihat tidak berkesan. – Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim
  • “Dari sudut perundangan di mahkamah, memang kita menang tetapi dari sudut perintah dikeluarkan mahkamah kepada syarikat yang tidak mempunyai aset tetap membuatkan mereka terlepas daripada bankrap dan tidak perlu memberikan semula pampasan kepada mangsa,” katanya.
  • “Kes sebegini perlu diambil perhatian, kita tidak mahu sangkaan orang awam yang scammer diberi perlindungan.”

 

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mencadang kepada kerajaan agar penjenayah dalam talian (scammer)  tidak diklasifikasikan di bawah kesalahan sivil. 

Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya mendapati kes penipuan atau scammer kerap diklasifikasikan sebagai kes sivil yang dilihat tidak berkesan. 

“Bagaimanapun, hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah kes ini yang diklasifikasi sebagai kesalahan sivil menjadi perjuangan dilakukan mereka sebagai sia-sia.

“Dari sudut perundangan di mahkamah, memang kita akan menang tetapi dari sudut perintah dikeluarkan mahkamah kepada syarikat yang tidak mempunyai aset tetap membuatkan mereka terlepas daripada bankrap dan tidak perlu memberikan semula pampasan kepada mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini hari ini. 

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), tuntutan itu dibuat untuk mengembalikan semua keyakinan masyarakat kepada pasukan PDRM.

Katanya, kerap kali pihaknya menerima rungutan orang awam berhubung laporan yang dibuat mereka tiada siasatan dijalankan.

“Kes sebegini perlu diambil perhatian, kita tidak mahu sangkaan orang awam yang scammer diberi perlindungan,” katanya. 

Beliau turut meminta pihak polis memaklumkan dari masa ke semasa modus operandi terbaharu jenayah penipuan dalam talian. 

“Polis perlu mendapatkan mereka ini supaya boleh dibawa ke keadilan kerana dengan cara itu imej pasukan dapat dijaga, dan tidak akan diperlekehkan terutamanya daripada masyarakat,” jelasnya.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending