Connect with us

Terkini

Wujudkan sekolah satu aliran, Bahasa Melayu tidak wajar diketepikan Jiao Zong – GPMS

Pendirian Jiao Zong yang tidak bersetuju soalan Bahasa Melayu (BM) sama diguna bagi semua aliran sekolah akan menyebabkan status subjek BM sebagai subjek teras diketepikan sedangkan ia bahasa utama dan bahasa kebangsaan negara.

Katherine Rebok

Published

on

Wujudkan sekolah satu aliran, Bahasa Melayu tidak wajar diketepikan Jiao Zong - GPMS
Foto: Presiden GPMS, Muhd Fazreen Ismadi Fauzi
  • Pendirian Jiao Zong yang tidak bersetuju soalan Bahasa Melayu (BM) sama diguna bagi semua aliran sekolah akan menyebabkan status subjek BM sebagai subjek teras diketepikan.
  • Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berpendirian keputusan Jiao Zong itu akan menyebabkan wujudnya dua kaedah pelajaran bagi subjek Bahasa Melayu di SK dan SRJK yang sebenarnya merugikan pelajar SRJK dan semuanya berpunca dari Jiao Zong.
  • Presiden GPMS, Muhd Fazreen Ismadi Fauzi berkata Bahasa Melayu adalah bahasa utama dan bahasa kebangsaan, maka kedudukannya tidak boleh diketepikan.
  • Mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya di peringkat rendah tidak boleh dikompromi dan semestinya menjadi sebagai asas penyatuan, perpaduan dan identiti negara. 
  • “Atas dasar ini GPMS melihat sewajarnya kerajaan mewujudkan SEKOLAH SATU ALIRAN bagi tujuan kebajikan dan perpaduan agar anak-anak bangsa Malaysia tidak lagi melalui pengasingan dalam pembelajaran dan pengajaran yang berbeza,” kata Muhd Fazreen.

 

KUALA LUMPUR – Pendirian Jiao Zong yang tidak bersetuju soalan Bahasa Melayu (BM) sama diguna bagi semua aliran sekolah akan menyebabkan status subjek BM sebagai subjek teras diketepikan sedangkan ia bahasa utama dan bahasa kebangsaan negara.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berpendirian keputusan Jiao Zong itu akan menyebabkan wujudnya dua kaedah pelajaran bagi subjek Bahasa Melayu di SK dan SRJK yang sebenarnya merugikan pelajar SRJK dan semuanya berpunca dari Jiao Zong.

Presiden GPMS, Muhd Fazreen Ismadi Fauzi berkata Bahasa Melayu adalah bahasa utama dan bahasa kebangsaan negara, maka kedudukannya tidak boleh diketepikan.

Beliau berkata kenyataan Jiao Zong merendahkan kedudukan Bahasa Melayu seolah-olah ia tidak penting dan seutama pengajian mata pelajaran lain.

“Alasan bahawa pelajar SK menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda juga adalah remeh walhal SK adalah sekolah bagi semua kaum di Malaysia.

“Hakikatnya Bahasa Melayu adalah milik setiap rakyat Malaysia dan penguasaan yang baik dapat memperkukuhkan perpaduan serta sebagai identiti sebuah bangsa Malaysia.

“Atas semangat Dasar Pendidikan Kebangsaan, kegusaran Jiao Zong berkenaan dengan penggunaan soalan dari bank soalan yang sama untuk Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua aliran adalah menyalah arah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tiada keperluan Kementerian Pendidikan untuk memperbetulkan dasar berkenaan hanya kerana waktu pembelajaran dan pengajaran (PdP) subjek Bahasa Melayu tidak sama antara SK dan SRJK.

“Kenyataan Jiao Zong jelas menyatakan bahawa SRJK tidak mempunyai masa yang mencukupi, maka GPMS menyokong untuk masa pembelajaran dan pengajaran (PdP) ditingkatkan supaya murid-murid di SRJK mempunyai penguasaan dan kemampuan bahasa yang serupa dengan murid-murid di SK. 

“GPMS tidak mahu nasib murid-murid di SRJK terjejas dalam penguasaan BM dengan menggubal set UASA yang berbeza.

“Mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya di peringkat rendah tidak boleh dikompromi dan semestinya menjadi sebagai asas penyatuan, perpaduan dan identiti sebuah negara. 

“Atas dasar ini GPMS melihat sewajarnya kerajaan mewujudkan SEKOLAH SATU ALIRAN bagi tujuan kebajikan dan perpaduan agar anak-anak bangsa Malaysia tidak lagi melalui pengasingan dalam pembelajaran dan pengajaran yang berbeza,” katanya.

“Kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran bagi tujuan kebajikan dan perpaduan agar anak-anak bangsa Malaysia tidak lagi melalui pengasingan dalam pembelajaran dan pengajaran yang berbeza,” katanya.

Susulan itu, beliau berpandangan sekolah satu aliran dilihat satu-satunya cara untuk keluar daripada masalah silibus serta masa pembelajaran yang tidak serupa.

Malah, beliau yakin seluruh rakyat akan bersetuju jika sekolah satu aliran dapat dilaksanakan apatah lagi Malaysia ditadbir sebuah Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini, Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) berpendapat penggunaan bank soalan yang sama untuk subjek Bahasa Melayu bagi semua aliran sekolah adalah tidak sesuai.

Pengerusinya, Cheah Lek Aee turut berkata jumlah masa pengajaran BM adalah berlainan antara SRJK dan SK serta bahasa itu juga merupakan bahasa ibunda murid Melayu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending