Connect with us

Terkini

Jiao Zong minta KPM pindahkan guru tiada kelayakan keluar dari sekolah Cina

Ramai graduan tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dihantar ke sekolah rendah Cina untuk mengajar subjek Bahasa Cina, kata Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee.

Adam Tan

Published

on

Jiao Zong minta KPM pindahkan guru tiada kelayakan keluar dari sekolah Cina
Foto: Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee.
  • Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee berkata ramai graduan tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dihantar ke sekolah rendah Cina untuk mengajar subjek Bahasa Cina.
  • Lek Aee berkata Jiao Zong tidak bersetuju graduan terbabit mengajar subjek Bahasa Cina di sekolah Cina kerana mereka tidak layak, lapor Guang Ming Daily.
  • “Mereka hanya mengikuti kursus Bahasa Cina antarabangsa di China dan mereka tidak sesuai untuk mengajar subjek Bahasa Cina di sekolah rendah Cina atau sekolah menengah Cina,” katanya dalam ucapan pada mesyuarat perwakilan ahli Jiao Zong ke-72 tahun 2023.
  • Lek Aee juga menggesa Kementerian Pendidikan memindahkan guru-guru itu secepat mungkin supaya tidak menjejaskan operasi biasa sekolah rendah Cina.

Ramai graduan tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dihantar ke sekolah rendah Cina untuk mengajar subjek Bahasa Cina, kata Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee.

Beliau berkata Jiao Zong tidak bersetuju graduan terbabit mengajar subjek Bahasa Cina di sekolah Cina kerana mereka tidak layak.

Lek Aee berkata kelompok graduan itu juga tidak mempunyai pendedahan bahasa Cina di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

“Mereka hanya mengikuti kursus Bahasa Cina antarabangsa di China dan mereka tidak sesuai untuk mengajar subjek Bahasa Cina di sekolah rendah Cina atau sekolah menengah Cina,” katanya dipetik Guang Ming Daily.

Lek Aee juga menggesa Kementerian Pendidikan memindahkan guru-guru itu secepat mungkin supaya tidak menjejaskan operasi biasa sekolah rendah Cina.

“Sebenarnya, mereka hanya boleh mengajar kursus Bahasa Cina komunikasi atau mengajar bahasa Cina yang lebih mudah sebagai bahasa kedua,” katanya dalam ucapan pada mesyuarat agung tahunan Jiao Zong ke-72 tahun 2023.

Menurut Lek Aee, keadaan itu berlaku sejak beberapa tahun lalu dan ia didakwa semakin teruk.

Advertisement

Sumber: Guang Ming Daily

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending