Connect with us

Terkini

KPM, KPT disaran kaji semula silibus ikut tawaran pasaran kerja – GPMS

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengkaji semula silibus peringkat sekolah serta kemahiran mengikut penawaran pasaran kerja yang lebih relevan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPM, KPT disaran kaji semula silibus ikut tawaran pasaran kerja - GPMS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencadangkan KPM dan KPT mengkaji semula silibus peringkat sekolah serta kemahiran mengikut penawaran pasaran kerja yang lebih relevan.
  • Presidennya, Muhd Fazreen Ismadi Fauzi, berkata pendidikan adalah satu-satunya kaedah untuk membangunkan belia secara holistik, justeru intervensi proaktif kerajaan bagi memastikan modul pendidikan asas dan tinggi sentiasa relevan seiring pasaran kerja semasa.
  • “Pada masa sama, pembabitan aktif industri juga perlu diperluas bagi memastikan ketersediaan belia memasuki pasaran kerja,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
  • “Kerajaan juga disyorkan mempertimbang penetapan gaji minimum sekitar RM2,500 hingga RM3,000 kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).”

KUALA LUMPUR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengkaji semula silibus peringkat sekolah serta kemahiran mengikut penawaran pasaran kerja yang lebih relevan.

Presidennya, Muhd Fazreen Ismadi Fauzi, berkata pendidikan adalah satu-satunya kaedah untuk membangunkan belia secara holistik, justeru intervensi proaktif kerajaan diperlu bagi memastikan modul pendidikan asas dan tinggi sentiasa relevan seiring pasaran kerja semasa.

“GPMS mendukung titah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, supaya pembangunan belia negara harus difokuskan kepada penyediaan pendidikan berkualiti.

“Justeru, GPMS meminta KPM dan KPT agar melihat kembali strategi serta modul sedia ada untuk melahirkan modal insan yang bersedia dengan pasaran kerja.

“Pada masa sama, pembabitan aktif industri juga perlu diperluas bagi memastikan ketersediaan belia memasuki pasaran kerja,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Seterusnya, Muhd Fazreen Ismadi berkata, kerajaan juga disyorkan mempertimbang penetapan gaji minimum sekitar RM2,500 hingga RM3,000 kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau turut berpandangan, setiap kementerian tidak harus bekerja secara silo, sebaliknya perlu ada kerjasama rentas kementerian bagi menyediakan silibus dan modul pendidikan berkualiti seiring kehendak pasaran semasa, selain memastikan semua golongan tidak ketinggalan memperoleh akses pendidikan.

Katanya, akses pendidikan untuk semua golongan supaya tiada yang ketinggalan, akan memastikan semangat dan matlamat pendidikan berjaya direalisasikan.

“Ia juga selaras prinsip Malaysia MADANI yang menjadi dukungan semua rakyat. Semua kementerian serta agensi kerajaan seperti KPM, KPT, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (KSM) serta Majlis Amanah Rakyat (MARA), perlu terus bekerjasama memastikan modul dan silibus pendidikan serta kemahiran sentiasa dikemas kini. Hanya dengan ini, pendidikan berkualiti berupaya dicapai dan dipenuhi,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author