Connect with us

Terkini

Tinjauan MAS ubah pakaian ikonik pramugari cetus perdebatan

Tinjauan MAS bagi mendapatkan pandangan orang ramai sama ada baju kebaya yang diperagakan oleh krunya perlu diberi imej..

Wartawan TMT

Published

on

Tinjauan MAS ubah pakaian ikonik pramugari cetus perdebatan
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh
  • Tinjauan Malaysia Airlines (MAS) bagi mendapatkan pandangan orang ramai sama ada baju kebaya yang diperagakan oleh krunya perlu diberi imej baharu atau tidak, mencetuskan perdebatan.
  • Ia selepas MAS mahu membenarkan pramugari yang memperagakan kebaya ikoniknya memilih untuk berhijab ketika bertugas dalam penerbangan domestik dan antarabangsa.
  • “Kami berpandangan inisiatif itu adalah satu langkah proaktif bagi menghentikan stigma dan eksploitasi kepada golongan wanita terbabit dalam industri berkenaan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
  • Suriani Sudi, yang mengetuai NGO Islam Ikatan Muslimin Malaysia, menyatakan MAS harus berani menukar kod etika pakaian anggota kru kabin, di samping mengekalkan identiti pakaian batik.
  • Aktivis Siti Kasim yang juga seorang peguam, mengecam tinjauan itu, mengatakan bahawa isu seperti pengalaman perkhidmatan pelanggan dan kebajikan pekerja perlu diberi keutamaan oleh syarikat penerbangan itu.

KUALA LUMPUR: Tinjauan Malaysia Airlines (MAS) bagi mendapatkan pandangan orang ramai sama ada baju kebaya yang diperagakan oleh krunya perlu diberi imej baharu atau tidak, mencetuskan perdebatan.

Ia selepas MAS mahu membenarkan pramugari yang memperagakan kebaya ikoniknya memilih untuk berhijab ketika bertugas dalam penerbangan domestik dan antarabangsa.

Ada pihak yang menentang, ada yang menyambut baik, namun, kebanyakannya memberi pendapat supaya imej batik dan kebaya itu dikekalkan kerana ia melambangkan negara Malaysia.

Bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), inisiatif yang diambil oleh MAS itu sangat dialu-alukan dan menyifatkan ia sebagai langkah proaktif.

“Kami berpandangan inisiatif itu adalah satu langkah proaktif bagi menghentikan stigma dan eksploitasi kepada golongan wanita yang terbabit dalam industri berkenaan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Manakala Suriani Sudi, yang mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) Islam Ikatan Muslimin Malaysia, turut berpandangan sama, menyatakan MAS harus berani menukar kod etika pakaian anggota kru kabin kepada sesuatu yang lebih sederhana, di samping mengekalkan identiti pakaian batik.

Namun, aktivis Siti Kasim yang juga seorang peguam, mengecam tinjauan itu, mengatakan bahawa isu seperti pengalaman perkhidmatan pelanggan dan kebajikan pekerja perlu diberi keutamaan oleh syarikat penerbangan itu.

Advertisement

“Pakaian itu ikon Malaysia, kebaya. Ia kelihatan baik dan tidak lucah. Anda mempunyai perkara yang lebih penting untuk dilakukan.

“Tingkatkan perkhidmatan anda, tingkatkan kebajikan kakitangan di MAS,” katanya dalam video yang dikongsikan menerusi Twitter.

Susulan itu, MAS dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan bahawa syarikat itu akan memberikan maklum balas berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat.

Sumber: Astro Awani

 

 

Advertisement

 

Terkini

Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid
  • Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
  • Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
  • “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.” 
  • “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

 

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.

“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.

“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.

“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.

Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.

Advertisement

Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

 

Sumber: Sinar Harian

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending