Connect with us

Terkini

Boleh guna peranti elektronik ketika berlepas & mendarat mulai 1 Julai – MAS

Bermula 1 Julai 2023, penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) tidak perlu mematikan peranti elektronik mudah alih peribadi sepanjang penerbangan, termasuk ketika berlepas dan mendarat.

Wartawan TMT

Published

on

Boleh guna peranti elektronik ketika berlepas & mendarat mulai 1 Julai – MAS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia Airlines (MAS) benarkan penumpang menggunakan peranti elektronik mudah alih peribadi yang telah diaktifkan mod senyap ketika berlepas dan mendarat bermula 1 Julai 2023.
  • Kemudahan itu akan tersedia di semua syarikat penerbangan yang bernaung di bawah Malaysia Aviation Group (MAG), termasuklah Firefly dan MASwings.
  • Kesemua syarikat ini telah diberikan kelulusan kawal selia oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Bermula 1 Julai 2023, penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) tidak perlu mematikan peranti elektronik mudah alih peribadi sepanjang penerbangan, termasuk ketika berlepas dan mendarat.

Menerusi satu kenyataan semalam, Malaysia Aviation Group (MAG) selaku kumpulan yang mengendalikan syarikat penerbangan itu mengumumkan bahawa mereka telah diberikan kelulusan kawal selia oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Kemudahan itu akan tersedia di semua syarikat penerbangan yang bernaung di bawah MAG, termasuklah Firefly dan MASwings.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan dari MAG, Ahmad Luqman Mohd Azmi, ciri ketersambungan pintu ke pintu (gate-to-gate connectivity) ini merupakan usaha untuk menaik taraf pengalaman penerbangan para penumpang.

Selain itu, pihaknya turut giat berusaha untuk memperluaskan kemudahan sambungan internet di lebih banyak pesawat mereka.

“Dengan tumpuan pada keselamatan, keselesaan dan kemudahan, kami berdedikasi untuk menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses dan menyeronokkan untuk semua penumpang kami.

“Kami akan terus melabur dalam teknologi dan perkhidmatan yang inovatif untuk memenuhi keperluan yang berubah-ubah dan memberikan keselesaan kepada penumpang kami sebagai tetamu ke ‘rumah’ kami,” katanya.

Advertisement

Pelaksanaan ini juga menjadikan syarikat penerbangan di bawah MAG yang pertama mempunyai ciri tersebut bagi penerbangan dari Malaysia.

Sebelum ini, peraturan keselamatan kebanyakan syarikat penerbangan, termasuk MAS, membenarkan penggunaan peranti elektronik yang telah diaktifkan mod penerbangan sepanjang penerbangan kecuali ketika berlepas dan mendarat. – The Merdeka Times

Sumber: Kenyataan Malaysia Airlines

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending