Connect with us

Antarabangsa

Rogol dan hamilkan lapan pelajar sekolah, guru dihukum mati

Mahkamah Agung menolak rayuan terhadap hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang guru agama yang didapati bersalah merogol 13 pelajarnya di sekolah yayasan diketuainya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rogol dan hamilkan lapan pelajar sekolah, guru dihukum mati
Foto: Herry Wirawan, 36
  • Herry Wirawan, 36, hamilkan sekurang-kurangnya lapan pelajar perempuan antara 2016 dan 2021 di sekolah berasrama penuh yang diusahakannya untuk kanak-kanak dari golongan kurang berkemampuan. 
  • Kebanyakan mangsa melahirkan anak ketika masih bersekolah dan bayi mereka digunakan untuk meminta derma. – Mahkamah Agung
  • Herry mulanya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Februari tahun lalu, tetapi Mahkamah Tinggi di Bandung menukar kepada hukuman mati selepas pihak pendakwaan buat rayuan. 
  • Suspek telah melakukan jenayah paling serius kerana bukan sahaja menyakiti mangsa tetapi juga mendera emosi dan menjejaskan masa depan mereka serta anak-anak yang dilahirkan akibat perbuatan itu. – Hakim, Herri Swantoro

JAKARTA: Mahkamah Agung menolak rayuan terhadap hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang guru agama yang didapati bersalah merogol 13 pelajarnya di sekolah yayasan diketuainya.

Herry Wirawan, 36, menghamilkan sekurang-kurangnya lapan pelajar perempuan antara 2016 dan 2021 di sekolah berasrama penuh yang diusahakannya untuk kanak-kanak dari golongan kurang berkemampuan. 

Menurut mahkamah, kebanyakan mangsanya melahirkan anak ketika masih bersekolah dan bayi mereka digunakan untuk meminta derma.

Majlis hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Agung, Sri Murwahyuni menolak rayuan yang difailkan Herry dan mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Bandung.

Herry pada mulanya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Februari tahun lalu, tetapi Mahkamah Tinggi di Bandung menukarnya kepada hukuman mati selepas pihak pendakwaan membuat rayuan. 

Hakim yang diketuai, Herri Swantoro, berkata, suspek telah melakukan jenayah paling serius kerana bukan sahaja menyakiti mangsanya tetapi juga mendera emosi dan menjejaskan masa depan mereka serta anak-anak yang dilahirkan akibat perbuatan itu.

Hukuman mati tersebut merupakan yang pertama dalam sejarah perundangan Indonesia melibatkan kes serangan seksual. – AGENSI

Sumber: Utusan Malaysia

Author