Antarabangsa
Presiden Rusia didakwa hantar 100 penari tiang hiburkan tentera di perbatasan
Presiden Rusia, Vladimir Putin didakwa mengarahkan penghantaran penari-penari di barisan hadapan untuk meningkatkan semangat tenteranya sebelum serangan seterusnya pada musim bunga tahun ini, lapor akhbar Daily Star semalam.
- Lebih 100 gadis akan dibawa menaiki beberapa helikopter untuk satu siri ‘pertunjukan konsert’ di pangkalan bekalan seluruh Donbas di mana tentera diberi rehat lima hari dan jalani pemulihan.
- Peti-peti bir dan sosej Rusia akan dihantar pada tentera dan perarakan istiadat dijangka berlangsung pada 24 Februari depan untuk menandakan permulaan serangan Russia.
- “Wira kami akan dihiburkan dengan pesta istimewa oleh penari tiang, bir dan makanan sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatan mereka.” – Pegawai Rusia
- “Acara itu diadakan sebagai sebahagian dari tempoh rehat askar dan tujuan untuk tingkatkan semangat tentera yang telah berjuang di barisan hadapan,” katanya.
MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin didakwa mengarahkan penghantaran penari-penari di barisan hadapan untuk meningkatkan semangat tenteranya sebelum serangan seterusnya pada musim bunga tahun ini, lapor akhbar Daily Star semalam.
Tindakan itu dibuat ketika Kremlin mengumumkan pemberian pingat kepada semua askar Rusia yang dikerahkan dalam operasi ketenteraan khas.
Komander-komander kanan diarahkan untuk menganjurkan acara hiburan itu ketika tentera Putin bakal menghampiri ulang tahun pertama pencerobohan di Ukraine.
Lebih 100 gadis akan dibawa menaiki beberapa helikopter untuk satu siri ‘pertunjukan konsert’ di pangkalan bekalan di seluruh Donbas di mana tentera diberi rehat lima hari dan menjalani pemulihan.
Peti-peti bir dan sosej Rusia akan dihantar kepada tentera dan perarakan istiadat dijangka berlangsung pada 24 Februari depan untuk menandakan permulaan serangan Rusia.
Berita mengenai penghantaran penari itu didedahkan di media sosial oleh seorang pegawai Rusia yang mengumumkan bahawa pasukan tentera akan mendapat kejutan istimewa.
“Wira kami akan dihiburkan dengan pesta istimewa oleh penari tiang, bir dan makanan sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatan mereka.
“Acara itu diadakan sebagai sebahagian daripada tempoh rehat askar dan bertujuan untuk meningkatkan semangat tentera yang telah berjuang di barisan hadapan,” demikian menurut hantaran pegawai itu.
Tentera Rusia diberi tempoh ‘Rehat dan Rawat’ di lapangan dan jarang dihantar pulang kerana dikhuatiri tidak akan kembali ke pangkalan. – Agensi
Sumber: Kosmo