Connect with us

Antarabangsa

Presiden Rusia didakwa hantar 100 penari tiang hiburkan tentera di perbatasan

Presiden Rusia, Vladimir Putin didakwa mengarahkan penghantaran penari-penari di barisan hadapan untuk meningkatkan semangat tenteranya sebelum serangan seterusnya pada musim bunga tahun ini, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Presiden Rusia didakwa hantar 100 penari tiang hiburkan tentera di perbatasan
Foto: Vladimir Putin.
  • Lebih 100 gadis akan dibawa menaiki beberapa helikopter untuk satu siri ‘pertunjukan konsert’ di pangkalan bekalan seluruh Donbas di mana tentera diberi rehat lima hari dan jalani pemulihan.
  • Peti-peti bir dan sosej Rusia akan dihantar pada tentera dan perarakan istiadat dijangka berlangsung pada 24 Februari depan untuk menandakan permulaan serangan Russia.
  • “Wira kami akan dihiburkan dengan pesta istimewa oleh penari tiang, bir dan makanan sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatan mereka.” – Pegawai Rusia
  • “Acara itu diadakan sebagai sebahagian dari tempoh rehat askar dan tujuan untuk tingkatkan semangat tentera yang telah berjuang di barisan hadapan,” katanya.

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin didakwa mengarahkan penghantaran penari-penari di barisan hadapan untuk meningkatkan semangat tenteranya sebelum serangan seterusnya pada musim bunga tahun ini, lapor akhbar Daily Star semalam.

Tindakan itu dibuat ketika Kremlin mengumumkan pemberian pingat kepada semua askar Rusia yang dikerahkan dalam operasi ketenteraan khas.

Komander-komander kanan diarahkan untuk menganjurkan acara hiburan itu ketika tentera Putin bakal menghampiri ulang tahun pertama pencerobohan di Ukraine.

Lebih 100 gadis akan dibawa menaiki beberapa helikopter untuk satu siri ‘pertunjukan konsert’ di pangkalan bekalan di seluruh Donbas di mana tentera diberi rehat lima hari dan menjalani pemulihan.

Peti-peti bir dan sosej Rusia akan dihantar kepada tentera dan perarakan istiadat dijangka berlangsung pada 24 Februari depan untuk menandakan permulaan serangan Rusia.

Berita mengenai penghantaran penari itu didedahkan di media sosial oleh seorang pegawai Rusia yang mengumumkan bahawa pasukan tentera akan mendapat kejutan istimewa.

“Wira kami akan dihiburkan dengan pesta istimewa oleh penari tiang, bir dan makanan sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatan mereka.

“Acara itu diadakan sebagai sebahagian daripada tempoh rehat askar dan bertujuan untuk meningkatkan semangat tentera yang telah berjuang di barisan hadapan,” demikian menurut hantaran pegawai itu.

Tentera Rusia diberi tempoh ‘Rehat dan Rawat’ di lapangan dan jarang dihantar pulang kerana dikhuatiri tidak akan kembali ke pangkalan. – Agensi

Sumber: Kosmo

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending