Antarabangsa
Polis didakwa pukul lelaki kulit hitam hingga mati di AS
Pihak berkuasa AS mendakwa lima pegawai polis dengan pertuduhan membunuh susulan kematian seorang lelaki kulit hitam kerana dipukul.
- “Selepas kejar mengejar, polis bertindak kasar dengan mangsa dan dipukul teruk sehingga beliau tidak dapat dikenali,” – Peguam.
- “Mereka didapati bertanggungjawab secara langsung atas penderaan fizikal terhadap Nichols.
- “Ini bukan saja kegagalan profesional, ini adalah kegagalan asas kemanusiaan terhadap individu lain. Kejadian ini amat keji, melulu dan tidak berperikemanusiaan,” kata Ketua Polis Memphis, Cerelyn Davis, lewat Rabu lalu.
- Ketidakadilan perkauman dan kekejaman polis menjadi perhatian di AS sejak kematian George Floyd pada 2020, seorang lelaki kulit hitam berusia 46 tahun yang dibunuh oleh seorang pegawai polis kulit putih di Minneapolis.
WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mendakwa lima pegawai polis dengan pertuduhan membunuh susulan kematian seorang lelaki kulit hitam kerana dipukul.
Dalam satu kenyataan, peguam keluarga mangsa, Ben Crump dan Antonio Romanucci, berkata mangsa, Tyre Nichols, 29, diarahkan berhenti oleh Polis Memphis di sebuah kawasan hentian pada 7 Januari lalu atas alasan memandu secara melulu.
“Selepas kejar mengejar, polis bertindak kasar dengan mangsa dan dipukul teruk sehingga beliau tidak dapat dikenali,” katanya.
Sementara itu, Jabatan Polis Memphis, dalam satu kenyataan, berkata lima pegawai polis yang juga berkulit hitam, kini sudah dipecat.
Siasatan dalaman polis mendapati mereka melanggar pelbagai peraturan jabatan, termasuk penggunaan kekerasan yang berlebihan, selain cuai dalam kewajipan untuk campur tangan dan kewajipan untuk memberikan bantuan.
Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, dan dia meninggal dunia pada 10 Januari.
“Mereka didapati bertanggungjawab secara langsung atas penderaan fizikal terhadap Nichols.
“Ini bukan saja kegagalan profesional, ini adalah kegagalan asas kemanusiaan terhadap individu lain. Kejadian ini amat keji, melulu dan tidak berperikemanusiaan,” kata Ketua Polis Memphis, Cerelyn Davis, lewat Rabu lalu.
Lima pegawai itu – Justin Smith, Tadarrius Bean, Demetrius Haley, Emmitt Martin III dan Desmond Mills Jr – turut didakwa dengan pertuduhan melakukan serangan dan penculikan, dengan kesemua mereka kini dalam tahanan polis.
Peguam keluarga mangsa berkata penahanan dan pendakwaan kesemua pegawai terbabit atas tindakan mereka memberi harapan kepada keluarga mangsa yang mahukan keadilan.
Pihak berkuasa mengesahkan video kejadian itu wujud dan akan dikeluarkan selepas 6 petang esok.
“Anda akan berasa marah atas pengbaian hak asasi manusia yang berlaku,” kata Davis.
Peguam keluarga yang menonton klip itu berkata mereka telah melihat sendiri bagaimana mangsa kehilangan nyawa di tangan polis Memphis.
Tambah peguam terbabit, kejadian itu menunjukkan ada keperluan terdesak untuk perubahan dan pembaharuan untuk memastikan keganasan ini berhenti berlaku semasa prosedur ancaman rendah, seperti dalam kes ini, kesalahan di jalan raya.
Ketidakadilan perkauman dan kekejaman polis menjadi perhatian di AS sejak kematian George Floyd pada 2020, seorang lelaki kulit hitam berusia 46 tahun yang dibunuh oleh seorang pegawai polis kulit putih di Minneapolis. – AFP
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia