Connect with us

Terkini

Trump: Israel perlu ‘buat keputusan’ perang Gaza, gambar rakyat kebuluran ‘sangat menyedihkan’

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump
  • Trump, yang sedang dalam lawatan empat hari ke Scotland, ditanya  wartawan mengenai imej-imej dari Gaza yang menunjukkan kanak-kanak kebuluran, yang disifatkannya sebagai “sangat menyedihkan.”
  • Namun, Trump segera menukar fokus dengan berkata, “Mereka mencuri makanan,” tanpa menyatakan secara khusus siapa yang dimaksudkan, walaupun beliau kemungkinan besar merujuk kepada Hamas, yang sering dituduh oleh Israel mencuri bantuan untuk kepentingan sendiri, walaupun itu semua fitnah semata-mata.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata “Israel perlu membuat keputusan” mengenai perang di Gaza dan krisis kemanusiaan di sana, walaupun Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menafikan bahawa mereka terlibat dalam kekurangan bekalan yang meluas di kawasan itu.

Trump, yang sedang dalam lawatan  empat hari ke Scotland, ditanya oleh seorang wartawan mengenai imej-imej dari Gaza yang menunjukkan kanak-kanak kebuluran, yang disifatkannya sebagai “sangat menyedihkan.”

Namun, Trump segera menukar fokus dengan berkata, “Mereka mencuri makanan,” tanpa menyatakan secara khusus siapa yang dimaksudkan, walaupun beliau kemungkinan besar merujuk kepada Hamas, yang sering dituduh oleh Israel mencuri bantuan untuk kepentingan sendiri, walaupun itu semua fitnah semata-mata.

Presiden itu meluahkan rasa kesal kononnya AS satu-satunya negara yang membantu sedangkan ia tidak benar.

“Ia membuatkan anda rasa sedikit kecewa apabila anda melakukan perkara itu, dan anda tahu, negara lain tidak memberi apa-apa,” katanya yang jelas membohongi dunia.

Fakta sebenar adalah AS bukanlah satu-satunya negara yang menyumbang bantuan kemanusiaan.

Malah, ia bukan penyumbang terbesar, kerana Emiriah Arab Bersatu telah memberi peratusan bantuan yang lebih besar. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author