Antarabangsa
Laporan dedah sikap anti-Muslim rakyat Jerman
Pembentangan laporan kerajaan Jerman pada Rabu minggu lalu menonjolkan isu perkauman anti-Islam di negara itu.

- Pembentangan laporan kerajaan Jerman pada Rabu minggu lalu menonjolkan isu perkauman anti-Islam di negara itu.
- Menteri bagi Migrasi, Pelarian dan integrasi, Reem Alabali-Radovan berkata masalah perkauman anti-Islam berulang kali timbul semasa perbincangannya dengan wakil masyarakat Islam Jerman.
- Berdasarkan tinjauan, kira-kira satu per lima daripada mereka yang disoal siasat mempunyai pendapat negatif terhadap orang Islam.
- Satu per tiga daripada orang yang ditemu bual berkongsi pandangan bahawa bilangan orang Islam di Jerman harus dihadkan, dan 27 peratus percaya bahawa orang Islam terlalu ramai di Jerman.
BERLIN – Pembentangan laporan kerajaan Jerman pada Rabu minggu lalu menonjolkan isu perkauman anti-Islam di negara itu.
Menteri bagi Migrasi, Pelarian dan Integrasi Jerman, Reem Alabali-Radovan pada taklimat akhbar di Berlin menegaskan adalah “penting untuk menamakan dan membincangkan perkauman anti-Muslim dalam laporan ini”.
Katanya, masalah perkauman anti-Islam berulang kali timbul semasa perbincangan dengan wakil masyarakat Islam Jerman.
Berdasarkan tinjauan, kira-kira satu per lima daripada mereka yang disoal siasat mempunyai pendapat negatif terhadap orang Islam.
Satu per tiga daripada orang yang ditemu bual berkongsi pandangan bahawa bilangan orang Islam di Jerman harus dihadkan dan 27 peratus percaya orang Islam terlalu ramai di Jerman.
Laporan itu juga menunjukkan fakta bahawa umat Islam berdepan jenayah kebencian dan serangan tiap-tiap hari.
Pada 2021, 732 jenayah Islamofobia direkodkan dan 54 serangan ke atas institusi serta wakil Islam, demikian menurut laporan itu dipetik agensi berita Anadolu.
Negara dengan lebih 84 juta penduduk, Jerman mempunyai penduduk Islam kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis.
Jerman adalah rumah kepada hampir lima juta umat Islam, demikian menurut angka rasmi.
Sumber: AA
Antarabangsa
Pakistan: Pengebom masjid di Peshawar menyamar dengan seragam polis
Polis Pakistan mengenal pasti pengebom berani mati yang menyerang sebuah masjid di bandar Peshawar awal minggu ini, lapor Reuters.

ISLAMABAD – Polis Pakistan mengenal pasti pengebom berani mati yang menyerang sebuah masjid di bandar Peshawar awal minggu ini, lapor Reuters.
Ketua Polis Wilayah Khyber Pashtunkhwa, Moazzam Jah Ansari berkata penyerang juga melanggar undang-undang keselamatan dengan memakai pakaian seragam polis.
Serangan yang berlaku pada Isnin lalu di kawasan berkubu dipanggil Police Lines itu mengorbankan lebih 100 mangsa, di mana tiga daripadanya adalah anggota polis.
Moazzam Jah Ansari memberitahu pemberita bahawa pengebom itu adalah sebahagian daripada “rangkaian” yang tidak dijelaskan dan memandu motosikal ke kawasan terbabit.
Sumber: Reuters
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam