Terkini
DAP tidak bermuka-muka, setia kawan berbanding PN – Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu mereka memilih bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan hari ini berikutan parti itu tidak bermuka-muka dan setia kawan berbanding Perikatan Nasional (PN).
- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu mereka memilih bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan hari ini berikutan parti itu tidak bermuka-muka dan setia kawan berbanding Perikatan Nasional (PN).
- UMNO dan DAP juga saling mengenali serta memahami pendirian masing-masing.
- Sekiranya UMNO bekerjasama dengan PN maka parti terbesar itu hanya akan menjadi pemain ketiga yang berkongsi kepentingan demografi sama.
- Pendirian politik mestilah berasaskan realiti politik dan disesuaikan dengan keperluan dan kedinamikan semasa, katanya.
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu mereka memilih bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan hari ini berikutan parti itu tidak bermuka-muka dan setia kawan berbanding Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata UMNO dan DAP juga saling mengenali serta memahami pendirian masing-masing.
“Kita memang kenal pendirian mereka dan mereka juga faham pendirian kita.
“Mereka tidak bermuka-muka atau berpura-pura, setia kawan macam kawan kita dulu mereka tidak berpura-pura, senang kita tentukan pendirian mereka.
“Kita buat hal kita, mereka buat hal mereka tapi yang penting we must manage this government. Government of Malaysia untuk rakyat kita cintai.
“Kita tahu siapa DAP, PKR dan Amanah maka kita membuat keputusan berdasarkan pilihan paling sesuai untuk membolehkan kita mengurus perbezaan ketika itu,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) malam tadi.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Mat’ berkata sekiranya UMNO bekerjasama dengan PN maka parti terbesar itu hanya akan menjadi pemain ketiga yang berkongsi kepentingan demografi sama.
Katanya, pendirian politik mestilah berasaskan realiti politik dan disesuaikan dengan keperluan dan kedinamikan semasa.
UMNO sebelum ini dikenali cukup lantang berpegang kepada prinsip ‘No Anwar, No DAP’ pada akhirnya mengorbankan prinsip itu dan bekerjasama dengan parti-parti tersebut bagi menamatkan kemelut negara pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, berkata prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah hanya untuk berdepan PRU15 dan bukannya selepas pilihan raya umum itu. – The Merdeka Times
Sumber : Facebook UMNO Online