Connect with us

Antarabangsa

COVID-19: China mula beri kerjasama dengan WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata ia bekerjasama dengan China untuk menguruskan lonjakan semula kes COVID-19 ketika peningkatan perjalanan orang ramai bagi sambutan Tahun Baharu Cina.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

COVID-19: China mula beri kerjasama dengan WHO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata mereka bekerjasama dengan China menguruskan lonjakan semula kes COVID-19 ketika peningkatan perjalanan orang ramai menyambut Tahun Baharu Cina.
  • Bagaimanapun, maklum balas dari negara itu terus menghadapi cabaran akibat kekurangan data dan perbezaan cara laporan.
  • COVID-19 merebak di luar kawalan di China selepas negara itu menarik balik dasar Sifar COVID-19 pada Disember lalu, tetapi WHO berkata masih tidak mempunyai maklumat mencukupi dari China untuk membuat penilaian penuh bahaya lonjakan itu.

 

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata ia bekerjasama dengan China untuk menguruskan lonjakan semula kes COVID-19 ketika peningkatan perjalanan orang ramai bagi sambutan Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun, maklum balas dari negara itu terus menghadapi cabaran akibat kekurangan data dan perbezaan cara laporan.

COVID-19 merebak di luar kawalan di China selepas negara itu menarik balik dasar Sifar COVID-19 pada Disember lalu, tetapi WHO berkata ia masih tidak mempunyai maklumat mencukupi dari China untuk membuat penilaian penuh bahaya lonjakan itu.

Perkara itu juga menjadi isu dalam bekerjasama dengan China mengenai cara mengurangkan risiko perjalanan menjelang cuti umum Tahun Baharu Cina, yang secara rasminya bermula dari 21 Januari, kata WHO.

Sebelum pandemik, musim perayaan itu dikenali sebagai sebagai penghijrahan tahunan terbesar di dunia.

Sebelum pandemik, musim perayaan itu dikenali sebagai sebagai penghijrahan tahunan terbesar di dunia.

Pengarah Jabatan Penyelarasan Amaran dan Tindak Balas WHO, Abdi Rahman Mahamud, berkata pihaknya bekerjasama dengan rakan sekerja mereka di China.

“China mempunyai beberapa strategi membabitkan orang yang melakukan perjalanan dari kawasan berisiko tinggi ke kawasan berisiko rendah juga berhubung ujian serta klinik.

“Tetapi untuk memahami dengan lebih baik, kami memerlukan data itu,” tambahnya.

WHO juga berkata China masih kurang melaporkan jumlah kematian akibat COVID-19, walaupun ia kini menyediakan lebih banyak maklumat mengenai wabak di negara itu.

“Terdapat beberapa jurang maklumat yang sangat penting sedang kami bekerjasama dengan China untuk merapatkan jurang itu,” kata Ketua Teknikal COVID-19, Maria Van Kerkhove.

bagaimanapun, China berkata ia bersikap telus dengan data COVID-19 keluarannya.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu berkata pegawai China bertukar pandangan dengan WHO pada awal Rabu lalu dalam sidang video mengenai isu termasuk keadaan semasa wabak, rawatan perubatan, vaksinasi dan perkara teknikal lain.

WHO juga berkata ia tidak lama lagi akan menerbitkan penilaian risiko bagi varian XBB.1.5 Omicron yang memacu peningkatan kes COVID-19 di AS.

Kementerian Luar China, Wang Wenbin, berkata China akan terus mengoptimumkan dan menyesuaikan langkah berkaitan COVID-19 mengikut perkembangan wabak, bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk memastikan perjalanan rentas sempadan yang selamat, lancar dan teratur.

Beberapa negara di dunia mengalu-alukan kedatangan pelancong China, susulan pelaksanaan langkah baru China dalam menyelaraskan dasar mengekang COVID-19 termasuk membuka sempadannya bermula Ahad lalu.

Di Thailand misalnya, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul, berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok untuk menyambut kedatangan pelancong dari China, Isnin lalu.

Maldives pula menerusi pengumuman di portal Kementerian Luar dan akaun Twitter menyatakan bahawa negara itu mengalu-alukan langkah China menyelaraskan dasar membabitkan pergerakan rentas sempadan dan pihaknya tidak sabar untuk menyambut kedatangan pelancong China.

Di Indonesia, pihak berkuasa negara ini mengambil inisiatif dengan mengerahkan kakitangan pemerintah yang mahir berbahasa Mandarin untuk membantu mengendalikan pelancong China manakala agensi pelancongan tempatan menawarkan pakej pelancongan sempena sambutan Tahun Baharu China. 

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *