Antarabangsa
Lebih 20,000 maut dalam konflik Sudan – WHO
Lebih 20,000 individu terbunuh dalam konflik di antara tentera dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan sejak April 2023, demikian menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad.
- Lebih 20,000 individu terbunuh dalam konflik di antara tentera dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan sejak April 2023, demikian menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad.
- Bercakap dalam sidang akhbar di Port Sudan semasa lawatan dua hari ke Sudan, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata lebih 10 juta rakyat negara itu terusir secara dalaman di samping dua juta menjadi pelarian di negara jiran.
- “Skala kecemasan ini sangat mengejutkan, begitu juga kurangnya tindakan diambil bagi mengekang konflik dan menangani penderitaan disebabkannya,” kata Ghebreyesus dipetik agensi berita Anadolu.
- Beliau berkata hampir separuh daripada 25 juta penduduk Sudan memerlukan campur tangan segera, manakala 70 peratus daripada sektor kesihatan negara itu tidak lagi beroperasi.
Lebih 20,000 individu terbunuh dalam konflik di antara tentera dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan sejak April 2023, demikian menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad.
Bercakap dalam sidang akhbar di Port Sudan semasa lawatan dua hari ke Sudan, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata lebih 10 juta rakyat negara itu terusir secara dalaman di samping dua juta menjadi pelarian di negara jiran.
“Skala kecemasan ini sangat mengejutkan, begitu juga kurangnya tindakan diambil bagi mengekang konflik dan menangani penderitaan disebabkannya,” kata Ghebreyesus dipetik agensi berita Anadolu.
Beliau berkata hampir separuh daripada 25 juta penduduk Sudan memerlukan campur tangan segera, manakala 70 peratus daripada sektor kesihatan negara itu tidak lagi beroperasi.
Ketua WHO itu juga menyeru “dunia supaya bangun dan membantu Sudan keluar daripada mimpi buruk yang sedang dialaminya”.
Ghebreyesus pada Sabtu mengulangi komitmen WHO untuk menangani isu-isu kemanusiaan dan kesihatan mendesak di Sudan, termasuk masalah keselamatan, pengusiran besar-besaran, banjir, kebuluran dan wabak penyakit. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina